Wednesday 27 February 2013

CARA MAKAN RASULULLAH S.A.W. !!! ANTARA SAINS DAN SUNNAH !!!


1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan ??? 

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. 


Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa ??? 

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. 

Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan 'the first process of digestion'

Mengapa menghisap garam ??? 

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. 

Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. 

Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita. 

Kenapa garam ??? 

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut pengamal perubatan (doktor) dihospital-hospital, 'the first line of treatment for poisoning' adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. 

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. 

2. Cara Rasulullah mengunyah. 

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. 

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). 

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. 

Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. 

4. Cara Rasulullah minum. 

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. 

Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. 

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. 

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. 

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. 

Sama-samalah kita mengamalkannya...


4 comments:

  1. Salam.... Itu aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... Ni je yang teringat yang dapat dikaitkan dengan sains... kalau ada fakta tambahan "sunnah vs sains" boleh la kongsikan bersama sebagai pengetahuan sy dan juga pembaca yang lain. Terima kasih.

      Delete
  2. Tak sebut pun makan guna hanya 3 jari......
    Makan mulai dr tepi dan keliling...... Makan sehingga habis jgn tertinggal walaupun sedikit krn barokah rezki itu pd suapan terakhir........ Sunnah diawali dgn makan buah2an....... Kutip makanan yg terjatuh dr pinggan dan masukkan kembali dalam pinggan........ Makan secara beramai-ramai (hidangan dalam dulang 3-4 orang sehidangan)......... Menjilat sopan jari tgn kanan yg ada sisa makanan & jgn berbuat sedemikian selagi sahabat yg makan bersama belumselesai makan...... Sekian wassalam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... terima kasih atas perkongsian... moga pembaca yang lain turut mendapat pengetahuan dari perkongsian saudara.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??