Saturday 23 March 2013

AHLI DAN PENYOKONG PAS BUAT MAJLIS TAHLIL TALQINKAN PAS !!! PAS IS DEAD !!!



Seramai 72 anggota dan penyokong Pas dari Taman Tunku Yaakub dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.


Salah seorang bekas ahli Pas yang ditemui, Ahmad Man, 47 berkata, mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.

Katanya, dia yang menjadi ahli Pas selama 22 tahun kecewa apabila tiada bantuan disalurkan kepada penduduk di kawasan berkenaan sejak Pas mentadbir negeri Kedah.

"Saya tidak takut jika kawan-kawan saya yang menyokong Pas tidak lagi berkawan dengan saya selepas ini kerana menyertai UMNO adalah keputusan saya sendiri.

"Saya kecewa dengan Pas kerana apa yang mereka janjikan kepada kami tidak ditepati dan saya yakin hanya dengan UMNO nasib rakyat negeri ini akan terbela," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di Taman Tunku Yaakub, Alor Mengkudu di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata penyertaan 72 anggota dan penyokong Pas di dalam UMNO hari ini bukan satu gimik politik yang direka oleh UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saya tahu pakatan pembangkang akan kata ini gimik politik, tapi ini bukan UMNO reka, mereka sendiri yang rela hati menyertai UMNO kerana telah hilang keyakinan terhadap pakatan pembangkang.

"Lima tahun Pas perintah Kedah, penduduk di kawasan ini tidak dapat apa-apa, sebab itu mereka ambil keputusan untuk menyokong UMNO," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??