Sunday 24 March 2013

WOOO !!! MASYARAKAT INDIA PIJAK BENDERA PAKATAN HARAM TANDA SOKONGAN PADU BUAT BN !!!



Sekiranya kita melihat jumlah kehadiran lebih 100,000 masyarakat India dari Selangor ke perhimpunan Barisan Nasional (BN) pilihan rakyat anjuran MIC di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru Kapar, Ahad lalu, jelas sekali menunjukkan kebangkitan semula sokongan masyarakat India kepada BN, khususnya di Selangor. 


Selangor mempunyai jumlah pengundi India tertinggi di negara ini iaitu lebih daripada 296,517 orang atau 25 peratus daripada jumlah pengundi di Malaysia.

Perkembangan itu juga menjadi petanda terbaik untuk BN bagi memperhebatkan dan memperkasakan misi merampas kembali Selangor ataupun misi 3M – Misi Mesti Menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) melalui satu semangat, harapan dan ‘puthiya nambikei’ atau kepercayaan baru di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak selepas gelombang ‘makkal sakthi’ yang turut bermula dari Selangor pada 2007, selepas isu Kuil di Kampung Padang Jawa menggegarkan arena politik negara pada PRU 2008.

Malah isu itu turut mencetuskan perhimpunan secara besar-besaran di seluruh Kuala Lumpur pada November 2007 iaitu tiga bulan sebelum PRU-12 berlangsung. 

Implikasinya buat pertama kali dalam sejarah PRU negara sejak 1955, sokongan dan kesetiaan masyarakat India beralih kepada pembangkang disebabkan beberapa dasar dan tindakan kerajaan yang gagal membela nasib komuniti India di negara ini.

Perasaan marah, hampa, sakit hati, merajuk dan emosional menguasai minda masyarakat India pada PRU-12. 

MIC yang menjadi sebuah parti dominan mewakili masyarakat India di negara ini turut menerima tamparan kuat setelah tewas di enam kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN. 

MIC yang memiliki empat kerusi Parlimen dan tiga DUN di Selangor, kalah di semua empat Parlimen yang ditandinginya iaitu Hulu Selangor, Kota Raja, Kapar dan Subang. 

Parti itu juga tewas di DUN Batu Caves, Bukit Melawati dan Sri Andalas.

Kebangkitan BN

Tidak dapat dinafikan, kejutan politik di Selangor telah menjatuhkan dan melumpuhkan semangat jentera BN hampir setahun sehingga Najib mengambil alih kepemimpinan negara, UMNO dan BN Selangor. 

Pelantikan Najib sebagai Pengerusi BN dan UMNO Selangor pada 2009 telah menyuntik semangat dan harapan baru kepada jentera BN untuk meneruskan segala perjuangan dan perhitungan misi merampas kembali Selangor pada PRU-13. 

Kemenangan BN menerusi calon MIC P Kamalanathan di pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010 telah berjaya mengembalikan semula semangat waja politik yang baru kepada jentera BN di Selangor yang dikuasai pakatan pembangkang.

Pelantikan serta peranan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Setiausaha UMNO Selangor dan kemudian sebagai Koordinator BN Selangor berjaya meletakkan BN Selangor dalam satu posisi yang lebih baik, terancang dan terurus.

Mohd Zin juga berjaya merencanakan satu model politik yang lebih berwibawa untuk BN Selangor seiring dengan tuntutan semasa termasuk berjaya menguruskan faktor ‘persepsi rakyat’ melalui beberapa strategi yang mendahulukan gagasan 1Malaysia melalui penjenamaan ‘Sayangi Selangor, Yakini BN.’

Perbetulkan kesilapan

“Saya akui kepemimpinan BN yang lalu di Selangor telah mengambil mudah beberapa isu dan perkara. Banyak sebab yang boleh kita huraikan mengenai kekalahan BN di Selangor pada PRU 2008. Yang penting, kita mesti bersedia untuk menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan memperbetulkan apa juga kesilapan dan kelemahan lalu untuk mara ke depan. 

“Dalam tempoh masa lima tahun ini kami telah melalui dan melepasi pelbagai cabaran dan dugaan. Inilah dikatakan perhitungan di medan politik. Saya yakin rakyat Selangor juga dapat menilai segala prestasi, komitmen dan niat kita yang ikhlas dan jujur dalam tempoh masa lima tahun ini dengan bijak dan rasional”, kata Mohd Zin yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

Berdasarkan pandangan Mohd Zin dan analisis politik terkini, jelas sekali menunjukkan faktor Najib telah memberikan keyakinan baru kepada rakyat Selangor termasuk masyarakat India dan Cina untuk menyokong kembali BN selepas pakatan pembangkang gagal membela nasib mereka seperti yang dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada 2008. 

Malah, rakyat Selangor semakin meluat dan menyampah dengan suasana politik negeri itu yang tidak banyak berubah selepas PRU 2008.

Lima tahun sudah berlalu. 

Segala perkembangan, perhitungan dan percaturan politik di Selangor tidak semudah yang dijangkakan. 

Apa yang pasti, faktor 2008 juga tidak boleh dijadikan sebagai salah satu sumber politik untuk merumuskan keputusan PRU-13 di Selangor.

BN yang kini menjadi parti pembangkang di Selangor sudah melakukan pelbagai usaha untuk menarik semula sokongan rakyat di samping membantu menyelesaikan permasalahan mereka. 

BN Selangor juga menggunakan strategi politik yang lebih relevan dan sesuai untuk zaman sekarang khususnya untuk generasi muda. - BH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??