Saturday 15 August 2015

DENDAM LAMA PUNCA TONY FERNANDES SABOTAJ IMEJ KLIA2 !!!


Agak sedikit pelik dengan sikap dan perangai pemilik syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia, Tony Fernandes.

Tertanya-tanya juga, apakah Tony tersalah makan ubat atau sudah kenapa dengan dia ni?



Baru-baru ini, Tony ada meroyan di Twitter dengan memburuk-burukkan pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Tony telah menyalahkan pihak KLIA2 berikutan kapal terbang milik syarikatnya "berundur" kebelakang dengan menyatakan bahawa ianya adalah salah KLIA2 yang mempunyai infrastruktur yang buruk.

Apa yang menimbulkan kepelikan dan tanda tanya adalah, kenapa meroyan selepas beberapa hari kejadian dan kenapa tidak pada hari kejadian?

Tambah hairan, kenapa Tony mahupun Air Asia tidak melaporkan kepada pengurusan KLIA2, Malaysia Airport Berhad mahupun Jabatan Penerbangan Awam (DCA)?


Tony Fernandes menyatakan di twitter miliknya pada 20 Julai 2015, pesawat AirAsia Indonesia QZ mengalami kejadian berundur ke belakang (roll back) pada 17 Julai 2015, jam 9 pagi “was caused by a slipping chock because the parking bay at klia2 is sinking.”

Yang kelakarnya, kejadian tersebut tidak dilaporkan secara rasmi kepada DCA, baik pada hari kejadian mahupun selepas kejadian.

Biarpun insiden kapal terbang Air Asia "berundur kebelakang" ini tidak dibuat sebarang laporan rasmi, namun pihak DCA bersedia untuk menyiasat insiden ini.


Perkara ini diumumkan oleh DCA pada 9 Ogos lalu.

Apakah Tony tidak tahu prosedur atau staff-staffnya buta prosedur?

Kenapa tidak dilaporkan kepada DCA insiden melibatkan Penerbangan Air Asia Indonesia QZ0120 di Bay Q11, KLIA2, sebaliknya memilih untuk meroyan di Twitter?

Tidakkah ianya dilihat amat tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat dan dengan sengaja mensabotaj imej KLIA2?

Bukankah lagi elok jika Air Asia memfailkan laporan kepada DCA dan selesaikan isu dengan baik daripada menarik perhatian media antarabangsa untuk "menyudu kuah" dengan menumpang memburuk-burukkan aset negara yang cukup terkenal dengan prestijnya itu.

Tidakkah, tindakannya Tony itu disifatkan dengan sengaja mensabotaj KLIA2!

Satu Malaya ini sudah tahu, suatu waktu dahulu, ketika KLIA2 mula dibuka dan semua syarikat penerbangan tambang murah dipindahkan dari LCCT ke KLIA2, Air Asia lah yang paling kuat berbunyi menunjukkan protes kerana enggan berpindah dengan seribu satu alasan.

Pada masa itu (sekitar April tahun lalu), semua syarikat penerbangan tertunggu-tunggu untuk memulakan operasi di KLIA2, namun Air Asia sahaja yang membuat bising dan memberikan bermacam-macam alasan.

Tindakan Tony yang cuba mensabotaj imej KLIA2 pada pandangan aku, tidaklah mengejutkan sangat kerana umum sedia maklum betapa bencinya Tony kepada KLIA2!


1 comment:

  1. Yang kelakarnya, admin dah tengok ke keadaan tubuh badan KLIA2 tu
    Rajin2 la melawat, tapi naik 4x4 la, klu tak sakit pinggang, jgn lupa bawak plastik mabuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??