Monday 10 August 2015

@NajibRazak IKUT TRADISI MAHATHIR BAGI URUSAN DANA POLITIK PARTI !!!


Aku harap Tun Mahathir Mohamad dengar apa yang Dato' Sri Najib Razak ucap semalam berkaitan tradisi UMNO untuk dapatkan dana ni dan tidak lagi memekak.

Puak-puak pro Madey harap bawa bertenang dan makan ubat penenang yer.



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerimaan dana politik merupakan amalan dalam parti dan selaku Presiden UMNO, beliau hanya meneruskan amalan tersebut.

Perdana Menteri berkata usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugas presiden dan ia tidak pernah dipertikai mana-mana pihak sebelum ini.

"Sewaktu menjadi timbalan presiden, saya tidak pernah persoal mengenai dana parti, itu kerja presiden.

"(Perkara itu) juga berlaku pada zaman Tun (Dr Mahathir Mohamad)...saya hanya meneruskan amalan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, di sini Ahad.

Menyifatkan bukan mudah untuk menjadi presiden, Najib berkata beliau perlu berusaha keras untuk mencari dana bagi parti namun pada masa sama memastikan ia tidak bertentangan dengan undang-undang.

"(Bila jadi presiden) ramai yang minta...jentera tak boleh gerak sebab duit tak turun, menteri besar pun boleh minta dari saya...tapi saya nak minta dengan siapa...sebab itu saya kena usaha.

"Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dah kata apa yang saya terima bukan dari 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dan bukan rasuah, tetapi untuk sumbangan kepada parti dan tanggungjawab sosial korporat (CSR)...bukan untuk kepentingan saya sendiri," kata Najib.

Beliau sekali lagi menempelak pembangkang yang menolak cadangan untuk mengumumkan sumber dana politik seperti yang disarankan beliau empat tahun lepas.

Menyentuh mengenai rombakan Kabinet yang baru dilakukannya, Najib menegaskan ia bukan untuk mengguris hati orang Johor.

"Ia merupakan keputusan yang amat sukar tetapi atas sebab tertentu sesuatu perlu dibuat atas kepentingan politik...bukan untuk guris hati orang Johor," jelas beliau.

Dalam rombakan Kabinet baru-baru ini, Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga anggota Parlimen Pagoh.

Mengakui memahami sentimen di Johor yang selama ini antara kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap keputusan itu, Najib berkata beliau menghargai kepercayaan yang diberi UMNO Johor kepada beliau untuk terus menjadi nakhoda dalam UMNO.

"Saya yakin dan percaya berdasarkan pengalaman dulu (termasuk) ketika ada Semangat 46, Johor masih positif dan membina untuk kembali kepada UMNO.

"Saya yakin dalam keadaan hari ini UMNO Johor akan terus memainkan peranan membina...sama-sama kita bukan sahaja berdoa tetapi berusaha," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib mengakui betapa signifikannya Johor kepada UMNO bukan sahaja sebagai negeri kelahiran parti Melayu itu, malah kekuatan parti di peringkat nasional banyak bergantung kepada sumber di negeri itu.

"Maka amat penting untuk teruskan perjuangan supaya jika mahu UMNO kuat dan dihormati, maka kubu kita UMNO Johor mesti dipertahankan," katanya yang berjanji akan terus mengemudi parti walaupun berdepan suasana sukar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??