Monday 10 August 2015

WANITA SOKONG @NajibRazak, PEMUDA KAUNTER PERTANYAAN, PUTERI MALU MALU !!!


Pergerakan Wanita UMNO melalui Ketuanya sudah menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri. 

Diharap pesanan tersebut sampailah ye kepada Ketua Wanita UMNO Gopeng, Hamidah Osman serta seluruh keturunannya.


Kelantangan Wanita ini sesuatu yang amat dipuji dan sangat berbeza dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang hanya cenderung menjadi "KAUNTER PERTANYAAN" sehingga berjangkit ke anak buahnya!

Wanita UMNO akan tetap teguh memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO, kata ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO mengambil maklum bahawa Najib sedang berhadapan dengan situasi mencabar dalam arena politik masa kini, khususnya krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Krisis itu, katanya, menyebabkan timbulnya pelbagai cerita mengenai perdana menteri, termasuk yang bersifat fitnah dan tohmahan di media, khususnya di media sosial.

"Kita berpegang pada prinsip perundangan. Tiada siapa pun sama ada perdana menteri atau rakyat biasa yang boleh dihukum tanpa bukti atau sebelum disabitkan di mahkamah. Itu tidak adil. Ini prinsip yang digunakan kepada semua rakyat Malaysia.

"Hukuman dijatuhkan melalui proses perundangan, bukan hukuman dijatuhkan dalam media, tohmahan atau fitnah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, hari ini.

Shahrizat berkata Wanita UMNO berpijak di bumi nyata dan akur bahawa sekarang merupakan masa yang mencabar untuk parti, namun yakin Najib seharusnya diberi ruang dan masa untuk menyelesaikan isu yang berlaku mengikut saluran perundangan.

Mengulas mengenai rombakan Kabinet pada 28 Julai lepas yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada barisan kepimpinan negara, Shahrizat berkata perkara itu adalah hak perdana menteri.

"Dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku. Kita menjangkakan perkara di luar jangkaan. Kita ikut perlembagaan dan hierarki yang ada. Beliau sudah pilih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan dan reaksi positif atau negatif adalah lumrah.

"Tetapi adakah beliau melanggar undang-undang atau peraturan parti? Tidak," katanya dan menambah Wanita UMNO juga akan memberi kerjasama kepada Muhyiddin selaku timbalan presiden parti.

Shahrizat menjelaskan sokongan kepada Najib dan timbalan presiden parti serta barisan kepimpinan UMNO berlandaskan perlembagaan, etika, konvensyen, adat dan budaya yang diamalkan dalam parti sejak 69 tahun dahulu. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??