Saturday 15 August 2015

PESAWAT BERUNDUR: TONY MENIPU UNTUK SABOTAJ IMEJ KLIA2 ?!!


Berikutan isu kapal terbang milik Air Asia yang "berundur kebelakang", terdapat satu pertikaian fakta dari MAHB yang agak menarik perhatian aku.

Sesuatu yang kita perlu fikirkan bersama-sama untuk menilai motif Tony Fernandes meroyan di media sosial untuk tarik perhatian media antarabangsa dan tidak langsung memfailkan laporan kepada DCA dan MAHB.

Siasatan MAHB pula mendapati dakwaan Tony bahawa peristiwa pengunduran pesawat terbabit akibat kelemahan permukaan tempat letak kapal terbang sangat tidak munasabah. 
“Terdapat enam lagi pesawat, semuanya dimiliki oleh Air Asia, yang diletakkan di tempat yang sama sebelum dan selepas insiden tersebut tidak mengalami apa-apa masalah pengunduran.”


Kenyataan pemilik syarikat penerbangan Tambang Murah Air Asia, Tony Fernandes, pada 17 Julai lalu bahawa kelemahan Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) punca pesawatnya berundur kebelakang (roll back) dan menyebabkan penerbangan tergendala selama lapan jam sangat tidak bertanggungjawab dan mungkin berniat jahat.

Menurut tweet Tony Fernandes pada 20 Julai 2015, pesawat AirAsia Indonesia QZ mengalami kejadian berundur ke belakang (roll back) pada 17 Julai 2015, jam 9 pagi “was caused by a slipping chock because the parking bay at klia2 is sinking.”

Pada 9 Ogos lalu DCA mengumumkan mereka akan menyiasat insiden pesawat Air Asia ‘mengundur’ biarpun tidak menerima sebarang laporan.

Mengapa Air Asia tidak melaporkan kepada DCA insiden melibatkan Penerbangan AirAsia Indonesia QZ0120 di Bay Q11, KLIA2 tetapi mengumumkan di media sosial sangat tidak masuk akal.

Kita juga tertanya-tanya mengapa Tony hanya mengumumkannya tiga hari selepas kejadian tersebut. 

Lebih serius, Tony hanya membuat dakwaan tersebut melalui media sosial dan langsung tidak melaporkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airport Berhad.

Kenyataan Tony tersebut telah memburukkan KLIA2 di seluruh dunia dengan akhbar seperti Telegraph UK telah memetik kenyataan Tony dan menyatakan kemungkinan KLIA2 akan mengalami nasib dengan beberapa lapangan terbang dunia lain yang ditutup kerana masalah infrastruktur.

Memang benar KLIA2 ada sedikit masalah yang sebenarnya lumrah dengan kebanyakan lapangan terbang yang baru beroperasi.

Ini bukan kali pertama Tony membuat kenyataan memburukkan KLIA2 dan DCA sebelum ini telah pun menubuhkan pasukan pemeriksaan bersama MAHB-AirAsia yang ditugaskan melakukan pemeriksaan harian bagi memastikan ruang parkir dan laluan pesawat mematuhi Standard dan Amalan Yang Dicadangkan sebelum kawasan pergerakan pesawat dibuka untuk digunakan.

“Kawasan yang tidak mematuhi syarat dan pematuhan keselamatan ditutup dan kerja pembaikan dilakukan.”

Siasatan MAHB pula mendapati dakwaan Tony bahawa peristiwa pengunduran pesawat terbabit akibat kelemahan permukaan tempat letak kapal terbang sangat tidak munasabah.

“Terdapat enam lagi pesawat, semuanya dimiliki oleh Air Asia, yang diletakkan di tempat yang sama sebelum dan selepas insiden tersebut tidak mengalami apa-apa masalah pengunduran.”


Jika ia kelemahan permukaan terbabit tentulah ada beberapa pesawat lain akan mengalami perkara yang sama apabila diletakkan ditempat yang sama.

Justeru insiden ini tidak lebih daripada kegagalan pekerja darat air asia meletakkan penyendal (chock) pesawat dengan betul.

Kita tahu Air Asia mempunyai beberapa pertikaian dengan MAHB terutama membabitkan isu kewangan.


Namun memburuk-burukkan KLIA2 sehingga ke peringkat antarabangsa merupakan satu tidak tidak bertanggungjawab dan mengkhianati negara ini.

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??