Wednesday, 30 May 2012

AZIZAN RAZAK BERWASIAT UNTUK DIKUBURKAN DI JIRAT CINA KALAU MAMPOS !!!


Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007.

Memang mudah bagi Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini. 

Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang. 

Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu dengan memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.

Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan. 

Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkan lagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik. 

Negeri Kedah kini berada dalam keadaan ‘koma’ dan semakin merosot setiap hari. 

Tidak cukup dengan pembalakan mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis balak-balak yang masih ‘halus’ dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab. 

Suatu ketika Azizan menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia ‘salah kerajaan terdahulu’. 

Kemudiannya, kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tuli konon tidak tahu menahu mengenainya. 

Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia kini muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had. 

Ada Azizan kisah ? 

Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu menahu apa-apa. 

Sikap yang sama diambil oleh Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak berbuat apa-apa. 

Tapak tanah yang menjadi kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan. 

Tanah ini sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu. 

Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan. 

Penduduk-penduduk di sini telah memacakkan papan tanda membantah pembinaan jirat Cina itu. 

Perhimpunan aman juga dibuat untuk merayu keprihatinan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini. 

Mereka mengharapkan agar kerajaan negeri boleh menggantikan kawasan lain kepada pihak terbabit dan mungkin juga memberikan pampasan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini. 

Sebarang bentuk penyelesaian adalah dialu-alukan dengan mengambil kira kepentingan 16,000 penduduk Melayu di kawasan tersebut.

Sebagai mewakili parti yang menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah mengecewakan. 

Isu jirat Cina di kawasan kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu. 

Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan budaya serta mampu mencetuskan ketegangan kaum. 

Keengganan Azizan mengambil isu ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah. 

Mereka tertanya-tanya, kenapakah Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik, mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan pihak pemaju projek tersebut. 

Atau mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan kaum Cina? 

Apakah sudah menjadi ‘prinsip’ PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina? 

Apapun, ini adalah pengajaran kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yang membawa imej Islam, negara kebajikan dan mewakili Melayu. 

PAS bukan tidak ingin membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??