Thursday, 24 May 2012

RAHSIA JUMLAH SEBENAR PENYANGAK BERSHIT 3.0 !!!


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengumpulkan gambar-gambar dari tujuh lokasi sekitar bandar raya ini dan menggunakan sistem memblok foto untuk memutuskan anggaran 22,000 peserta pada perhimpunan 28 April lalu.

Semasa memberi penjelasan teknik yang digunakan, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan berkata ia menggabungkan perisian grafik mudah yang mana gambar-gambar diperbesar sebelum petak dimasukkan untuk memudahkan pengiraan bilangan orang.

Beliau berkata 10 peratus margin kesilapan ditambah kepada bilangan peserta untuk menggantikan mereka yang mungkin tersorok atau dilindungi di dalam gambar-gambar itu.

Katanya anggaran jumlah, tidak termasuk anggota keselamatan dan polis yang bertugas.

"Gambar-gambar itu diambil dari pukul 11.53 pagi hingga 12.52 tengah hari pada 28 April oleh jurufoto-jurufoto kami yang berada di dalam helikopter polis.

"Gambar-gambar peserta diambil sebelum mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kemudian gambar-gambar itu diperbesar sebesar saiz skrin komputer, iaitu tujuh inci kali tujuh inci, sehingga bilangan orang boleh dikira," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-44 agensi berita itu di Wisma Bernama di sini.

Hasnul berkata gambar-gambar itu diambil dari tujuh lokasi iaitu Jalan Tun Perak, simpang Jalan Tun Perak/Jalan Silang; simpang Jalan Sultan/Jalan Jebat; kawasan Pasar Seni; Jalan Pasar Besar; Jalan Kinabalu dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa bilangan yang menyertai perhimpunan awam di ibu negara bulan lepas ialah 22,270 dan bukan beratus ribu seperti yang didakwa pembangkang.

"Kaedah pengiraan kami mungkin bukan yang terbaik, tetapi jumlah yang dikira adalah munasabah. Ia hampir sama dengan konfigurasi BBC (25,000)," kata Hasnul.

Walaupun sesetengah orang mungkin mempertikai anggaran jumlah Bernama ini, katanya, jumlah peserta memang tidak mungkin lebih daripada 100,000 atau 300,000 seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kami alu-alukan mereka yang mahu tahu mengenai kaedah ini. Ia bukan kaedah yang terbaik, tetapi ia menepati tujuannya," katanya sambil berkata unit foto Bernama mengambil masa dua hari untuk meletakkan petak-petak itu dan membuat pengiraan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang hadir menyerikan majlis sambutan ulang tahun ke-44 Bernama itu.

Sejumlah 38 petugas menerima anugerah khidmat cemerlang dan mereka yang berkhidmat dengan Bernama selama 15, 25 and 30 tahun serta petugas yang bersara, turut menerima penghargaan.

Turut hadir ialah Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong. - BERNAMA






1 comment:

  1. 22.270? ni bapak penipu dow o.o" klau tak pergi tayah nk wat nilaian la.. org UMNO ni mmg kaki penipu ea? x malu ke? haish... hrap2 bkn org Islam la ni.. wat malu je.. menipu sana sini.. pergi bertaubat la.. klau x pergi himpunan tu, jgn bnyk crite.. Assalamualaikum

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??