Monday, 21 May 2012

WOW !!! ANTARA 10 HIMPUNAN TERBESAR 2 HARI JE LAGI !!! JOM BELIA !!!



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei akan datang sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek beliau yakin KBS akan untuk mencapai tahap itu sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang menganjurkan lebih 500 acara dan mampu memikat pengunjung tempatan mahupun antarabangsa.

Tambah beliau lagi, karnival ini adalah yang terbesar di Asia dan 10 terbesar di dunia. 

Cuma kita mahu lihat dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti pelancong asing akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan, aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia. 

Beliau berkata sedemikian di Majlis Perjumpaan YB Menteri Belia dan Sukan dengan wakil-wakil Persatuan Hotel di Malaysia sempena Hari Belia Negara 2012 (HBN2012).

Justeru itu, beliau meminta pihak Kementerian Pelancongan dan wakil persatuan hotel memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa bagi menarik pelancong tempatan dan pelancong asing datang ke Putrajaya sempena HBN 2012.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??