Saban hari, kita didedahkan dengan keruntuhan moral para remaja yang mana kebiasaannya dengan isu seks bebas.
Saban hari juga, kita dihidangkan dengan berita kelahiran anak luar nikah membabitkan remaja dan juga golongan pelajar.
Tidak terlepas juga santapan pembacaan kita berkaitan kes pembuangan bayi yang berleluasa dimana-mana.
Namun, kali ini berita yang lebih menggemparkan dan mungkin ini kali pertama berlaku kisah seorang ibu muda iaitu penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi yang maut akibat pendarahan selepas bersalin tanpa sebarang bantuan didalam tandas.
Kejadian ini baru sahaja berlaku iaitu pada 14 Oktober 2012 yang lepas.
Pelajar perempuan ini melahirkan anaknya didalam tandas awam universiti tempat dia belajar.
Dia rebah bersama anak dipangkuannya yang masih bertali pusat.
Pelajar itu dikejarkan ke hospital terdekat oleh pihak pengurusan Universiti, namun disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Anak lelaki yang baru dilahirkannya seberat 3 kg bagaimanapun selamat dan sihat.
Kejadian ini menjadi bualan hangat penduduk tempatan dan mencetuskan kontroversi dan kritikan terhadap pendidikan seks yang diajar di peringkat sekolah.
Pada pandangan I4TT, remaja di Malaysia patut mengambil iktibar dari kejadian ini.
Jauhilah gejala sosial dan seks bebas kerana kini terbukti gejala tidak sihat ini boleh mendatangkan maut !!!
Sayangilah diri kita sendiri dan elakkan perkara seumpama ini dari berulang...
No comments:
Post a Comment