Salam to all..
Mornink and Salam Aidiladha ke-2.
Masih ingat kes pembuangan bayi ke dalam tali air yang I4TT keluarkan sebelum ini ???
KLIK SINI untuk baca kes berkenaan.
Suspek dan ibubapa suspek kini ditahan.
Polis menahan ibu bapa gadis berusia 17 tahun yang dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tali air kelmarin, bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 9.47 malam semalam.
Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.
Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah.
Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam Rabu, disebabkan komplikasi bersalin. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment