Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan ditemui rakan sebiliknya di atas bumbung tempat letak kereta di blok asrama terbabit dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri pada pukul 11.30 pagi.
Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan pelajar tahun pertama itu dikatakan sering dilihat mengasingkan diri dan murung.
Mangsa juga didakwa kerap mandi dan berbogel ketika berada di dalam bilik.
Kejadian menimpa pelajar itu disedari rakan sebiliknya yang ketika itu berada di luar dan terkejut apabila dia tiba-tiba terdengar satu objek terjatuh dari arah tingkap biliknya.
Tingkap bilik tersebut semasa kejadian terbuka luas.
Difahamkan pelajar jurusan pengurusan itu terlibat dalam sebuah kumpulan ajaran yang belum diketahui statusnya.
Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati mangsa yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu dipercayai mengalami histeria semasa kejadian.
Menurut beliau, dia sebelum ini pernah direhatkan selama beberapa bulan daripada pengajian di universiti itu berikutan keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.
Mangsa didakwa hanya menyambung semula sesi pengajiannya pada minggu lalu.
"Pelajar terbabit masih dalam keadaan kritikal dan tidak boleh bercakap. Polis masih menunggu laporan kesihatannya bagi melengkapkan siasatan," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.
No comments:
Post a Comment