Monday, 22 October 2012

TIDAK MUSTAHIL JIKA AMALKAN PLURALISME AGAMA KEHENDAK NUAR - GAMBAR JESUS DALAM BUKU PANDUAN HAJI !!!


Di Indonesia berlaku kegemparan apabila gambar Jesus ditemui tercetak di dalam sebuah buku panduan haji yang diedarkan kepada bakal haji dari Bengkulu, Sumatra. 

Di dalam buku tersebut, gambar Jesus sedang mengembala kambing dengan ayat "Yesus dan gembala yang baik" tertulis dibawahnya. 

Paling mengejutkan risalah panduan ini dihasilkan oleh Direktorat Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umroh Kementerian Agama Republik Indonesia sendiri. 

Pegawai dari Kementerian Agama Kota Bengkulu mahukan insiden ini disiasat kerana pada pendapat mereka gambar Jesus ini tidak mungkin tercetak secara tak sengaja tanpa disedari pihak berwajib. 

Pada masa yang sama kesemua 280 buku amalan haji yang diedarkan kepada bakal haji terus diperiksa bagi memastikan tiada gambar Jesus di dalamnya.

Macam mana gambar Jesus oleh muncul di dalam buku amalam ni ? 

Warga cyber Indonesia merasakan ini tindakan khianat golongan tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian negara mereka untuk kepentingan peribadi. 

Mereka menggesa supaya orang ramai supaya tidak mudah mengamuk dan melenting atas insiden kecil ini.

Sumber : MyTabloid


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??