Sunday, 28 October 2012

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT - JALAN JAMM DAN CUACA HUJAN !!!



Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari Ahad dilapor bergerak perlahan, dengan kemalangan di beberapa lokasi.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terdapat kemalangan di Km 134.4 arah selatan (Sungai Dua-Juru) dan di Km 153.8 dari Bukit Tambun menghala ke Jawi arah selatan.

Laman Twitter LLM juga melaporkan bahawa trafik bergerak perlahan dari Senawang ke Nilai dengan trafik mulai meningkat ke arah Kuala Lumpur tetapi keadaan masih terkawal.

LLM menasihatkan pengguna lebuh raya agar memandu dengan berhati-hati ke destinasi dan tidak memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kemalangan kerana ini akan hanya menyebabkan kesesakan di lebuh raya. - BERNAMA

Macam kebiasaan, sebelah malam mesti jamm teruk sebab kebiasaannya orang suka travel sebelah malam.

I4TT suka travel selepas jam 3 pagi sebab conform tak jamm dah.

Anyway, berhati-hati dijalanraya.

Pandu cermat jiwa selamat. ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??