Wednesday, 24 October 2012

SUAMI DAN JABATAN AGAMA TANGKAP ISTERI BERKHALWAT !!!



Selalunya kita akan dengar cerita suami selingkuh yang kantoi dihotel, rumah kawan atau rumah sendiri.

Sebelum ini I4TT ada siarkan video dan gambar (diatas) suami kantoi dengan bini sedang beromen di hospital bersama betina lain. (KLIK SINI)

Namun, kali ni kes terbaru isteri dikantoikan suaminya sendiri didalam rumah mereka sendiri sedang bermesra-mesraan dengan jantan lain.

Isteri Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu.

Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.

Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.

Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’ di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.

Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.

Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.

Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.

“Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam.

Sumber : Kaki Bising


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??