Friday, 26 October 2012

GANGSTERISM - PELAJAR 14 TAHUN MAUT !!!


DI sinilah Saravannan mati selepas bergaduh dengan dua pelajar ketika sedang menunggu bas di stesen bas Pulau Sebang, Tampin semalam.

Perang mulut antara dua pelajar berlainan sekolah yang sering ejek-mengejek antara satu sama lain ketika menunggu dan menaiki bas sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang daripada mereka mati selepas tengkuknya patah akibat ditindih dengan lutut semalam.

Kejadian pukul 2.30 petang di stesen bas Pulau Sebang, Tampin di sini itu mengakibatkan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pulau Sebang, K. Saravannan, 14, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin.

Ekoran itu, polis menahan dua pelajar masing-masing berusia 14 tahun empat jam kemudian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Sabit kesalahan, mereka boleh dihantar ke pusat tahanan Henry Gurney, Melaka untuk satu tempoh yang ditetapkan mahkamah.

Kedua-dua suspek merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansur Shah di sini. Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd. Rahman Jid berkata, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang sedang melepak di tingkat satu bangunan itu sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah ibu saudaranya di Rembia di sini didatangi dua suspek berkenaan. - Kosmo!

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??