Monday 15 October 2012

LUAHAN HATI SEORANG PENGUNDI CINA YANG KECEWA !!! I4TT CADANGKAN SAMAN JE KERAJAAN NEGERI MACAM PENGGUNA AIR !!!


Salam to all...

Ini ada sikit kejutan buat korang semua.

Email dari seorang pengundi Selangor berbangsa Cina yang mana telah mengundi Pakatan pada PRU-12 yang lalu.

Luahan hati ini agak sedih gak la aku baca.

Email ini didalam bahasa Inggeris dan aku akan translatekan untuk korang k.


Adakah kehidupan saya berubah setelah mengundi Pakatan pada 2008 

Saya mengundi untuk perubahan pada tahun 2008. Nanti dulu. Izinkan saya perbetulkan semula, saya mengundi untuk hari esok yang lebih baik pada tahun 2008.

Saya berbangsa Cina dilahirkan didalam keluarga yang berpendapatan rendah, segala-galanya tentang kehidupan dewasa saya adalah sederhana. 

Bertentangan dengan kepercayaan popular rakyat Malaysia bahawa orang Cina di Malaysia mendapat lebih daripada kaum-kaum lain, sejujurnya ​​saya tidak mendapat gaji 5 angka walaupun telah 20 tahun bekerja, saya juga tidak mempunyai minat dan kemampuan untuk membuka perniagaan sendiri. 

Seperti kebanyakan orang Cina yang serba sederhana dan bekerja di syarikat-syarikat besar, tinggal di KL agak menyukarkan.

Membesarkan 2 orang anak yang berada di pra-sekolah dan juga isteri yang tidak bekerja, saya hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Ayah saya keuzuran dan ibu mertua tinggal bersama kami selepas anak kembar kami dilahirkan. 

Kami tinggal menyewa disebuah rumah teres di Puchong yang mana rumah itu sendiri punya bermacam-macam masalah, dengan masalah bumbung yang bocor, dinding yang retak dan serangan anai-anai.

Walaupun Puchong bukanlah tempat yang terbaik untuk hidup, tetapi adakah saya mempunyai pilihan ? 

Sekurang-kurangnya ia adalah lebih baik daripada Cheras. 

Seringkali kami terpaksa berhimpit kerana keadaan rumah agak kecil. 

Saya tidak berniat untuk menceritakan kisah sedih saya dan simpati didalam surat ini.

Saya tidak bersungut, tetapi apa yang saya tahu sepatutnya keadaan ini boleh menjadi lebih baik.

Didalam kempen pilihan raya pada tahun 2008, saya fikir adalah amat mustahil bagi kerajaan sedia ada untuk mengatasi tawaran dan janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Selangor terutamanya. 

Kerana sering rasa dikecam dan dipinggirkan oleh UMNO-Barisan, saya tidak berfikir dua kali untuk memberikan undi kepada Pakatan.

Tetapi selepas pilihan raya umum 2008, politik (atau dalam kes ini, ahli-ahli politik) dan tindakan Pakatan untuk memenuhi janji bagi Selangor telah membuatkan saya tidak ubah seperti orang asing. 

Penantian saya tanpa jemu untuk mendapatkan bantuan kewangan secara langsung bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga saya yang mana dalam keluarga berpendapatan sederhana (middle-income), ternyata penantian yang sia-sia. 

Izinkan saya menerangkan secara terperinci.

Pakatan Rakyat berjanji pada tahun 2008 untuk memberi pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak pra-sekolah di Selangor yang berumur antara 5 - 6 tahun. 

Pada tahun 2011, anak kembar saya masuk ke usia 5 tahun, tetapi saya masih perlu membayar sendiri yuran pendidikan tadika anak-anak saya berjumlah RM150 sebulan bagi seorang anak.

Mungkin mereka memerlukan masa untuk merealisasikan rancangan dalam skim pemberian pendidikan percuma pra-sekolah, tetapi sekali lagi Pakatan cuba mendapatkan mandat baru untuk kekal mentadbir selangor pada PRU-13, tetapi saya masih juga tetap membayar sendiri yuran pendidikan pra-sekolah untuk kedua-dua anak kembar saya sehinggalah mereka mula Darjah 1 tahun depan. 

Adakah hidup saya atau kehidupan keluarga berubah selepas mengundi Pakatan ???

Jadi, selepas membuat perkiraan, jika saya membayar RM150 sebulan bagi setiap anak untuk pendidikan prasekolah, saya terpaksa membelanjakan RM3, 600 setahun dalam yuran pendidikan anak kembar saya sahaja. 

Baiklah, mari kita beralih kepada janji/manifesto yang lain pula.

Salah satu janji yang paling menarik dibuat oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008 yang membuatkan saya untuk mengundi Pakatan adalah elaun khas antara RM150 hingga RM 250 sebulan untuk semua suri rumah sepenuh masa di Selangor. 

Prospek mendapat pendapatan tambahan, mungkin bagi anda jumlahnya sedikit, tetapi jumlah itu dapat memberikan manfaat yang besar kepada keluarga saya. 

Ia boleh membantu saya dalam perbelanjaan dapur atau bayaran bill utiliti. 

Sudah tentu janji ini juga, tidak ditunaikan sama sekali. 

Jika ia ditunaikan pasti saya dan isteri akan mempunyai pendapatan isi-rumah tambahan sebanyak RM3, 000 setahun. 

Baiklah, mari kita beralih ke janji lain.

Saya dan isteri saya sentiasa berharap untuk memiliki tempat tinggal yang selesa dengan seberapa segera mengikut kemampuan kami. 

Saya telah hidup menyewa sejak kami mula bersama dan terus terang saya katakan keadaan ini sangat membosankan. 

Memiliki harta sendiri (rumah) adalah satu pelaburan yang bijak terutama jika berlaku perkara buruk atau tidak terancang pada masa hadapan. 

Jadi saya telah terpedaya dengan janji Pakatan untuk 'membantu' setiap rakyat Selangor untuk memiliki rumah sendiri. 

Jelas sekali, bantuan tidak pernah dihulurkan seperti yang dijanjikan. 

Kami masih menyewa rumah yang kami diami sekarang.

Dan sekiranya laporan akhbar dan internet adalah benar, saya tahu Pakatan Rakyat mempunyai terlalu banyak untuk menjawab berkaitan janji-janji yang tidak mereka tepati di Selangor. 

Maaf jika saya tidak tahu, tetapi saya tidak pernah melihat mereka (Pakatan) secara aktif menubuhkan institusi agama selain daripada Islam seperti yang dijanjikan

Dan saya tertanya-tanya, adakah Pakatan menganggap agama kami lebih rendah daripada agama Islam yang hebat dianuti oleh sebahagian besar rakyat di negara ini ?

Bagaimana tentang janji Pakatan untuk memberi perkhidmatan perubatan percuma kepada semua rakyat Selangor yang berusia 65 tahun ke atas ? 

Walaupun saya sentiasa menghentam dan mengkritik Kerajaan Persekutuan, ayah saya dan ibu mertua masih mendapat khidmat perubatan secara percuma di Klinik Rakyat 1Malaysia

Kedua-duanya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun mereka masih menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan percuma yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. 

Saya bertanya kepada diri saya sendiri, mengapa saya masih enggan mengakui kegagalan Pakatan dalam menunaikan janji-janjinya ? 

Keegoan saya menghalang saya untuk menjawab persoalan ini.

Saya tidak arif tentang harta, seperti yang anda tahu, saya tidak punya harta. 

Tetapi, saya masih ingat janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan cukai kediaman sebanyak 20% dan 10% di premis komersial di Selangor. 

Saya juga tidak pernah melihat janji ini dilaksanakan dimana-mana di Selangor ini.

Memandangkan perkara ini tidak berkaitan dengan saya secara langsung, maka saya abaikan janji ini juga.

Tetapi lawak terbesar daripada mereka semua adalah apabila Pakatan mentertawakan dan memperlekeh bila mana Kerajaan memperkenalkan gaji minimun sebanyak RM900 pada tahun lepas. 

Bagi saya, ia adalah lebih baik RM900 itu daripada pembohongan untuk membela orang miskin seperti petani dan nelayan dengan melaksanakan gaji minima sebanyak RM1, 200 ! 

Adakah Pakatan Selangor merealisasikan janji ini ? Tidak.

Tidak kira apa sahaja yang Pakatan Rakyat rancang sama ada berkaitan manifesto politik mereka untuk mendapatkan lebih ramai pengundi melalui PKR Buku Jingga atau belanjawan Pakatan Rakyat 2013, amat jelas kepada saya hakikat apa yang telah dijanjikan kepada rakyat berbanding apa yang sedang dilaksanakan dalam dunia realiti adalah dua perkara yang amat jauh berbeza.

Bagi seorang Cina yang lahir dan menetap di Selangor seperti saya, undi saya untuk Pakatan kini telah secara langsung melibatkan kos sara hidup yang saya tanggung sebanyak RM6, 600 setahun hanya untuk yuran pra-sekolah anak-anak dan elaun suri rumah bagi isteri saya.

Ingat, sama seperti orang lain, saya mengundi Pakatan pada 2008 (PRU-12) untuk mengubah taraf hidup saya.

Walau bagaimanapun, dengan semua janji-janji yang tidak mampu ditunaikan Pakatan dan pelbagai siri alasan, semestinya saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama sekali lagi.


KS Lee
Puchong

Psssttt... untuk membaca article asal didalam bahasa inggeris boleh klik tajuk surat diatas.

4 comments:

  1. Kalau anda mengundi BN sekali pun segala galanya tidak akan diberi percuma olih pemerentah....

    ReplyDelete
  2. Abis 2 nak undi saper. .undi president obama yeah yeah..

    ReplyDelete
  3. PR penipu, tipu orang kampung! PR penipu, tipu orang kampung! PR penipu, tipu orang kampung! PR penipu, tipu orang kampung! PR penipu, tipu orang kampung! PR penipu, tipu orang kampung! PR penipu, tipu orang kampung! PR penipu, tipu orang kampung! PR penipu, tipu orang kampung!

    ReplyDelete
  4. Setidak2nya BN mnunaikan janji,apa yg dkota dberi..sure bantuan rm100 & BR1M dia akn dpt thn ni..jmlah agak kecil tp stidak2nya msih ada utk mbntu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??