Saturday 2 February 2013

MAK.. ADIK MAIN "ROMEN-ROMEN DAN JOLOK-JOLOK" !!!



Ibu salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Min, 20-an berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Selasa lalu itu salah seorang anaknya pulang dan memberitahu adiknya main 'romen-romen dan jolok-jolok' di dalam rumah contoh berkenaan.

Saya mulanya nak memukulnya kerana difikirkan sengaja mencarut, tetapi berubah fikiran selepas melihat seorang lagi anak dan dua anak saudara lain yang sebelum ini keluar bermain pulang ke rumah dalam keadaan mencurigakan.

"Melihatkan anak saya serta dua anak saudara sudah pulang, saya terus memarahi mereka sebelum memaksa mereka menjelaskan maksud anak sulung saya dengan main 'romen-romen dan jolok-jolok'.

"Hati saya bagai dipanah halilintar apabila anak dan dua anak saudara saya mengaku dipaksa melakukan oral seks oleh empat rakan mereka. Saya kemudian membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan polis.

"Selepas itu, saya membawa ketiga-tiga mereka ke Hospital Batu Pahat untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan ketiga-tiga mereka turut diliwat.

"Kami terkejut dengan hasil pemeriksaan doktor itu dan semua mangsa dimasukkan ke wad dan ditahan untuk pemeriksaan susulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang semalam.

Kelmarin, Min sekali lagi ke IPD untuk membuat laporan polis kedua bagi memaklumkan hasil pemeriksaan doktor yang mengesahkan tiga kanak-kanak itu mempunyai kesan diliwat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, pihaknya sudah menahan empat kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak itu ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 kerana melakukan seks luar tabii dan dibebaskan atas jaminan polis.

Cerita penuh baca DISINI....

Dunia dah semakin gila dan makhluk semakin hilang kewarasan.... Apa yang boleh I4TT katakan, perhatikanlah anak-anak selalu supaya tidak menjadi mangsa atau pun pemangsa !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??