Wednesday 10 April 2013

BOMOH RABA-RABA - KANTOI DAN DIPENJARAKAN !!!



Macam-macam ada zaman sekarang ni, yang pelik tu, masih ada lagi orang yang hidup zaman ni percaya dengan bomoh ni ye...!!!


Seorang bomoh diperintah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara sembilan bulan atas dua kesalahan mencabul kehormatan rakan anak perempuannya yang datang berubat kerana diserang histeria, lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian terhadap Mohd. Yazid Yahaya, 59, selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.

Dengan perintah itu, kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 1 September 2010 yang melepas dan membebaskan bomoh berkenaan daripada kedua-dua tuduhan tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali manakala responden diwakili oleh peguam S. Yagoo. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??