Monday 29 April 2013

CALON PKR #PRU13 DILEMPANG IBU SEBAB BERBOHONG DAN FITNAH !!! #P085Pekan



“Makcik menggigil menahan marah dan kecewa bila anak makcik diumumkan sebagai calon PKR pada hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan”, katanya yang memberitahu beliau turut hadir pada hari penamaan calon dan melihat dari jauh.


Beliau yang telah menjadi ahli UMNO sejak berumur 21 tahun memberitahu bahawa Sitarunisah juga adalah ahli UMNO sebelum dia berkahwin dengan Roslan Mat Tahir.

Sitarunisah yang merupakan anak sulung dari 5 beradik ini bukan sahaja tidak mendapat restu dan sokongan ibunya, malah ayah dan 4 adiknya yang lain turut membantah tindakan yang diambil oleh Sitarunisah.

Sitarunisah juga dikatakan telah lebih 4 bulan tidak balik menjenguk keluarganya di Felda Chini 3.

Ayahnya, Abdul Kadir Zakaria, 63 tahun, yang menghidap penyakit stroke turut kecewa dengan Sitarunisah.

Sunah turut memberitahu, sejak anaknya disahkan menjadi calon PKR di kerusi DUN Chini, pelbagai kata-kata sindiran yang dilemparkan kepadanya dan keluarga.

“Makcik nak bagitahu semua orang bahawa makcik dan keluarga yang lain UMNO sampai bila-bila. Janganlah dipandang kami hina hanya kerana seorang anak yang menyertai pembangkang.”

“Saya merayu kepada kawan-kawan dan orang UMNO, janganlah salah pandang pada makcik, makcik tetap UMNO sampai bila-bila”, tambahnya.

“Sebagai ibu, anak tetap anak. Tetapi jalan politiknya, makcik tak akan dapat terima”, katanya ketika ditanya penerimaannya terhadap anaknya.

Sunah memberitahu kepada pemberita bahawa beliau turut diberitahu oleh orang kampung yang pergi ke ceramah anaknya, Sitarunisah turut memfitnah keluarga didalam ceramahnya bagi menarik simpati pengundi.

“Makcik nak cakap kepada anak makcik, janganlah berbohong kepada semua orang. Orang PKR ni semua nak cakap bohong. Termasuklah anak makcik ni, suka bohong.”

Sitarunisah didalam ceramahnya mendakwa bahawa keluarganya tidak dibantu oleh kerajaan dan ayahnya yang stroke kini turut diabaikan.

“Makcik cukup kecewa dan sedih dengan fitnah anak makcik itu. Datuk Abu Bakar (Calon BN DUN Chini) bersama ahli UMNO dan FELDA banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga makcik,” katanya.

“Kepada Ita, mak merayulah jangan jaja cerita keluarga didalam ceramah. Janglah kata orang sini (Datuk Abu Bakar, FELDA dan UMNO) tak tolong dia (Sitarunisah) dan keluarga. Orang sinilah yang banyak bantu dia, ayah yang sakit dan keluarga.”

“Mak merayulah kepada Ita, kembalilah kepada UMNO. Jangan teruskan dengan PKR”, tambahnya ketika ditanya pesanan yang ingin disampaikan kepada anaknya.

Ditanya tentang harapannya didalam PRU-13, Sunah berkata beliau mendoakan kemenangan Barisan Nasional.

“Makcik harap BN akan menanglah sebab dah lama berjuang untuk rakyat dan membantu. Biarlah dia (Sitarunisah) kalah. Itu yang makcik harapkan dan doakan”.

Lagi... BACA SINI...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??