Saturday 20 April 2013

NUAR PENING KERANA BAI'AH CERAI WAN JIJAH !!!




Ahli-ahli PKR memang terkenal dengan 'Sindrom Lompat Parti'

Biasalah tu. 



Majoriti mereka semua pada asalnya adalah ahli umno yang terpinggir. 

Untuk mengelak sejarah lama tidak berulang, PKR kononnya lebih berhati-hati dalam soal memilih calon kali ini. 

Kononnya mencari calon yang boleh pegang amanah dan setia. 

Tapi Anwar dan Azmin masih tidak yakin dengan calon-calon mereka sendiri. 

Mereka masih takut ada diantara calon mereka akan menjadi pengkhianat kepada perjuangan mereka. 

Jika sebelum ini negara digemparkan dengan pendedahan ajaran sesat Pas, calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya disyaratkan supaya membuat sumpah baiah yang antara kandungan dalam baiah tersebut adalah menceraikan isteri jika mereka lompat parti. 

Walaupun dinafikan oleh wali mereka Nik Aziz, baiah ini sememangnya wujud walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi ayat, sumpah jatuh talak 3 itu wujud.

Menurut sumber dalaman, dalam perjumpaan tertutup calon dengan Anwar dan Azmin pagi tadi, mereka telah dipaksa untuk ber'baiah' secara bertulis "Sekiranya calon yang menang dalam PRU13 akan datang melompat parti, mereka akan dipaksa membayar RM5 juta sebagai ganti rugi"

Fuhh.. RM5 juta tue. 

Calon-calon yang hadir tadi ada yang merasa terkejut dengan pendirian parti. 

Ada juga yang kecewa kerana parti tidak mempercayai mereka 100%. 

Tapi apa boleh buat, nama dah naik, terpaksalah mereka ber'baiah' walaupun hati tidak rela.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin ketika ditemui oleh pemberita semalam yang berkata mana-mana calon jika mereka melompat sama ada rela atau paksa dia kena bayar RM5 juta sebagai bon.

Malah menurut Nizar lagi, pendekatan Pas agak sedikit berbeza apabila semua calon telah diminta untuk berikrar dan berjanji tidak meninggalkan parti. 

Namun sekiranya mereka ingkar mereka akan DILAKNAT OLEH RAKYAT

Begitulah kaedah yang diguna pakai oleh pakatan pembangkang bagi memastikan calon-calon mereka tidak melakukan perbuatan yang digelar sebagai ‘KATAK’

Pasti ramai yang masih ingat ketika negara digemparkan dengan berita akan jatuhnya kerajaan BN yang tidak mempunyai kuasa dua pertiga pada 16 September 2008 kerana wakil rakyatnya akan berpaling tadah.

Malah mereka turut menyebarkan cerita, kononnya Anwar telah dipanggil menghadap oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri. 

Itu belum lagi diambil kira pendedahan Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari yang mendedahkan berhubung sebuah dana khas yang diwujudkan pembangkang bagi membiayai ahli UMNO dan BN untuk melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum akan datang.

Kesimpulannya inilah wajah sebenar manusia yang kononnya berjuang atas prisip tetapi di masa adalah merupakan BAPAK SEGALA KONSPIRATOR yang hanya ingin merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??