Wohohohooo....
Nak tahu punca air di Empangan Sungai Selangor susut mendadak lebih 40% ??
Meh, aku nak bagitau..
Mungkin ramai yang sudah pun mengetahui tentang kes penyusutan air di Empangan Sungai Selangor.
Pendedahan secara viral oleh media-media telah menyebarluaskan maklumat penyusutan air di empangan tersebut tetapi sehingga hari ini tiada pihak dari Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang berjaya menjelaskan berkaitan isu ini secara rasional dan logikal.
Mungkin ramai yang ingin tahu punca bagaimana empangan boleh surut dengan begitu mendadak sekali dan salah siapa.
Seperti yang kita semua maklum, kemelut air di Selangor semakin hari semakin runcing dan membimbangkan kerana dari kajian awal telah menyatakan bahawa Selangor bakal dilanda krisis air yang mungkin sama atau lebih teruk dari yang pernah terjadi pada tahun 1998 dahulu.
Kerajaan Pusat pada hari ini (juga dari awal) sedang giat menjalankan rancangan bagi mengelakkan krisis ini berlaku dan memudaratkan rakyat tetapi sebaliknya pula Kerajaan Pakatan Haram Selangor hanya sekadar berpeluk tubuh menafikan krisis yang bakal melanda, memanipulasikan maklumat dan menipu rakyat bagi menutup kegagalan urus tadbir mereka.
Pakatan Haram Selangor sudah teruk diligan oleh rakyat dalam kegagalan mereka mengurustadbir sampah, sudah pasti kegagalan mereka dalam isu air juga selagi boleh mahu ditutup pekungnya.
Tiada usaha yang ditunjukkan kepada rakyat untuk mengatasi kemelut air di Selangor.
Isu air Selangor tidak ditangani secara fizikal oleh Pakatan Haram Selangor sebaliknya mereka hanya mengurus isu dengan air liur sahaja sedangkan rakyat mahukan tindakan diambil bukan penipuan demi penipuan.
Dimanakah Xavier Kaki Tidur yang sebelum ini bertindak bagaikan hero dalam isu ini untuk tampil memberikan penjelasan ???
Dimanakah Khalid Gagap, Tony Puaka dan konco-konconya ???
Sudah mati ke mereka ni semua sampai bacul untuk menjelaskan punca penyusutan air di empangan ini ???
Rakyat masih terus menunggu penjelasan dari Pakatan Haram Jadah Selangor !!!
Beginilah kalau puak 'bebal' diberikan mandat memerintah !!!
Mungkin ramai yang mahu tahu kenapa air di empangan boleh menyusut dengan sangat mendadak sekali sedangkan Malaysia amnya dan Selangor khususnya tidak langsung dilanda kemarau !
Ok, lah..
Aku akan berikan sedikit jawapan dari segi teknikal sahaja kerana aku tak tahu nak bagi jawapan dari segi puisi dan madah berhelah sepertimana yang puak Khalid Gagap lakukan.
Terdapat 3 kemungkinan dari segi teknikal kenapa penyusutan air empangan ini boleh terjadi dengan sangat mendadak.
Pertama adalah kerana permintaan air terawat yang tinggi.
Seperti yang kita sedia maklum dan tersangatlah maklum, Selangor pada hari ini mengalami masalah pembekalan air terawat.
Bukan kerana kita kekurangan bekalan air mentah, stage ini belum berlaku dan hanya akan berlaku pada 2014 iaitu kurang 2 tahun lagi.
Loji rawatan air terawat pada hari ini telah kita ketahui beroperasi melebihi kapasiti sebenar dan semestinya kesalahan ini kita patut letakkan dibahu Khalid dan regimnenya kerana keengganannya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk projek Loji Langat 2.
Loji sedia ada pada hari ini tidak mampu menampung permintaan air bersih yang semakin meningkat seiring dengan peningkatan populasi penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan (KL dan Putrajaya).
Malah, jika loji sedia ada beroperasi melebihi kapasiti tidak kah loji tersebut akan hilang efficiency dan rosak ???
Aku dimaklumkan pada hari ini loji-loji sedia ada telah beroperasi semaksima mungkin sehingga 200% dan ada yang telah hilang efficiency !
Kerana itu rakyat Selangor memerlukan projek Langat 2 disegerakan dan bukan ditangguhkan oleh Khalid Gagap @ Sedut !!!
Kedua adalah masalah hidrologi.
Ini boleh berlaku hanya jika dilanda kemarau atau pun gangguan kawasan tadahan seperti pembalakan atau pembangunan.
Ok, seperti yang telah aku beritahu tadi, kita tidak alami kemarau !
Adakah ada aktiviti pembalakan haram sekitar kawasan berkenaan ???
Atau mungkin ada pembangunan disana ???
Seingat aku tiada.
Jadi, kemungkinan kemarau, pembalakan atau pembangunan ini kita boleh ketepikan.
Ketiga adalah sebahagian daripada SOP (Standard Operation Procedure) empangan berkenaan.
Jika ya, jadi kenapa sampai hari ini pihak berwajib langsung tidak tampil memberikan penjelasan sedangkan sudah seminggu isu ini disebarluas secara viral oleh media-media ???
Bagaimanapun, Selangor menghadapi masalah yang besar jika punca penyusutan air empangan adalah disebabkan oleh permintaan air terawat yang tinggi dan masalah hidrologi dan penyelesaian segera harus diambil dengan tindakan bukan air liur semata-mata.
Jika penyusutan air empangan ini terjadi kerana ianya sebahagian daripada SOP empangan, tiada kebimbangan kerana ini hanya bersifat sementara.
Namun, seperti yang semua maklum, punca pertama iaitu permintaan air terawat yang semakin meningkat adalah kemungkinan yang paling tepat.
So, pandai-pandailah korang fikirkan ye...
Apa pun, aku tetap akan menunggu jawapan dari Pakatan Haram Selangor sebelum aku buat keputusan perlu kah aku keluar dan berpindah dari Selangor !!!
Biar tiada elektrik beb, jangan tiada air !!!
Sumber : KGC
No comments:
Post a Comment