Monday 8 October 2012

LEPAS DAP SELANGOR KALI INI PKR PERAK KELUAR PARTI DAN SERTAI UMNO !!! MAMPOS LAH PEMBANGKANG MACAM NI !!!


Awal pagi tadi baru je I4TT dedahkan kes 400 ahli DAP Selangor keluar parti. (KLIK SINI)

Ni pula maklumat terbaru dari Perak Darul Ridzuan, negeri kelahiran master admin I4TT.

Jawabnya, tak sempat PRU 13 Pakatan Haram dah boleh bungkus !!!


Lagi ahli PKR meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Petang tadi, seramai 63 ahli PKR dari Kampung Pasir, Kampung Sungai Muda dan Kampung Ulu Slim dalam Bahagian Tanjong Malim menyerahkan borang untuk menyertai UMNO. 

Mereka di ketuai Puan Jamilah Hayat, 40.

Dikhabarkan lebih ramai akan mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka itu. 

Malahan ketika majlis berjalan, seramai 5 orang lagi bekas ahli PKR menyerahkan salinan kad pengenalan mereka untuk menganggotai UMNO, menjadikan jumlahnya kepada 68 orang.

Ketiga-tiga kampung itu terletak dalam DUN Behrang yang dimenangi PKR dalam PRU12 lalu. 

BN tewas 40 undi di Peti Undi Ulu Slim kesan daripada peralihan sokongan pengundi dari kampung-kampung berkenaan.

Dalam PRU11 2004, BN menang di peti undi berkenaan dengan memperolehi 457 undi berbanding 150 undi yang diterima PKR. 

Namun dalam PRU12 2008, keputusannya terbalik di mana BN hanya memperolehi 294 undi, berbanding PKR 334 undi

Penyertaan mereka ke dalam UMNO meningkatkan lagi keyakinan BN untuk memenangi kerusi DUN Behrang dalam PRU13 nanti. 

InsyaAllah.



1 comment:

  1. Othman53@ymail.com9 October 2012 at 01:32

    Kini makin semarak rakyat di sana sini menyokong pemerintahan BN sebab PM Najib dah terbukti kuat usaha dengan janji terlaksana. Dengan kembalinya Tun Dr. Mahathir ke pangkuan UMNO, bertambah perkasalah BN berbanding pada PRU 12 ekoran dari pimpinan lembik Tun Dol yang membuat orang UMNO memboikot dan berpaling tadah. Perjuangan PAS yang menyimpang dari perjuangan asal, penganiayaan terhadap Dr. Hassan Ali, kezaliman DAP terhadap Melayu P. Pinang dan perlakuan mungkar Anwar serta kuncu-kuncunya menjadi nilai tambah (value added)buat Barisan Nasional.

    Alhamdulillah..........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??