Wednesday 10 October 2012

TUN M NYANYUK - TONY PUAKA ANAK HARAM "KATAK" !!!


Tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai nyayuk adalah suatu perbuatan biadab dan keterlaluan kerana menghina seorang pemimpin yang banyak menabur jasa bukan sahaja di negara ini malah turut diiktiraf di peringkat dunia.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata kenyataan Tun Mahathir itu adalah berdasarkan pemerhatian beliau bukan sahaja ketika berada dalam kerajaan tetapi turut membabitkan perkembangan terkini politik tanah air.

“Tun Mahathir bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui, beliau bukan cakap sembrono, apa yang dinyatakan itu banyak kebenaran, beliau pernah bersama Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kerajaan dahulu terutama ketika negera mengalami krisis ekonomi dahulu.

“Kebijaksanaannya menangani krisis ekonomi dahulu telah berjaya menghidari negara daripada terjebak seperti apa yang dialami oleh negara-negara lain yang masih bergelut dengan krisis kewangan, kita seharusnya berteima kasih dengan apa yang dilakukan olehnya kerana sehingga kini negara kita masih bebas daripada masalah krisis kewangan,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tony Pua yang menyatakan Tun Mahathir sudah nyanyuk dan tidak relevan berikutan kenyataan Tun Mahathir dalam sebuah akhbar yang menyifatkan Anwar dan Soros mempunyai persamaan idea iaitu gemar `masyarakat sivil’ ketika dalam kerajaan.

Mazlan berkata, Tony Pua sepatutnya membaca sejarah dan mengikuti perkembangan mengenai Tun Mahathir bukannya bercakap sembarangan hanya untuk membela ketuanya, Anwar Ibrahim.

“Tony Pua perlu sedar, kehebatan pentadbiran Tun Mahathir bukan sahaja ketika beliau menjadi Perdana Menteri, malah selepas melepaskan jawatan itu beliau masih menjadi perhatian di seluruh dunia malah Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu turut mengiktiraf pembabitan beliau di peringkat antarbangsa.

“Mana mungkin orang nyanyuk di panggil untuk menyampaikan ucapan di peringkat antarabangsa, tuduhan Tony Pua itu menunjukkan dirinya sebagai seorang yang tidak mengikuti perkembangan bolehlah diibaratkan seperti `katak di bawah tempurung’ yang bercakap tanpa berfikir hanya untuk mempertahankan ketuanya, Anwar Ibrahim,” katanya.

Menurutnya, tindakan untuk mendesak Tony Pua supaya memohon maaf adalah suatu yang sia-sia kerana sudah menjadi kelaziman kepada pembangkang tidak akan mengaku kesilapan atau ketelanjurannya tetapi mereka akan memburuk-burukkan sesiapa sahaja jika didapati tidak memihak kepada mereka. 

- MediaUMNO -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??