Thursday 24 November 2011

HEBAT !!! LOGAM BERAT DAN E-COLI DIBEKALKAN SECARA PERCUMA DI SELURUH KELANTAN !!!



Masalah air di Kelantan tak pernah sudah. Jika di Selangor kualiti air sangat bersih yang dibekalkan oleh Syabas didengki dan dipolitikkan puak-puak Pakatan Haram Jadah.

Lain pula di Kelantan yang diperintah PAS selama 20 tahun. Mengikut kata "Tok Gundu" mereka, air bersih hanya akan dapat dinikmati rakyat Kelantan lagi 27 tahun. Bermakna, PAS memerlukan 47 tahun untuk membekalkan air bersih di Kelantan kepada 1.6juta rakyat disana.

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Pusat telah menyalurkan dana sebanyak RM600juta kepada Kerajaan Negeri (PAS) bagi menyelesaikan masalah air di Kelantan ini. Tetapi apa yang dimusyhkilkan, kemanakah duit itu telah pergi bilamana tiada setitik pon air bersih di Kelantan? Adakah duit itu telah membiayai mahligai indah "Tok Gundu And Co." atau mungkin kenderaan mewah "Tok Gundu And Co." mungkin juga telah jadi pelaburan kepada "Tok Gundu And Co." ???

Akhbar No 1 Malaysia iaitu Utusan Malaysia baru-baru ini telah menggemparkan seluruh Malaysia khususnya rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Seluruh rakyat di negeri Kelantan telah dibekalkan secara percuma kandungan logam berat didalam bekalan air ke setiap isi rumah dan sebagai bonus sepanjang hayat secara percuma juga ialah E-Coli !!!!

E-Coli bukanlah laman internet jualan "bra" atau "pakaian dalam wanita" tetapi E-Coli adalah sejenis bakteria yang merbahaya.

Berikut petikan dari Utusan Malaysia;



KUALA LUMPUR 19 Nov. - Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E-coli.
Lebih membimbangkan, E-coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Penemuan E-coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.
 
Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.
Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.
Ini kerana, E-coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.
Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E-coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.
Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E-coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.
Bagi kes kandungan E-coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus). 
Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu. - Utusan

Kepada rakyat Kelantan, doa sahaja tidak mencukupi. Perlu ada usaha yang datang susuli doa kita. Jika diikut sangat kata "Tok Gundu" sampai kucing bertanduk pun belum tentu bantuan turun dari langit !!!

Selain, berdo’a, kita diharuskan berusaha, ikhtiar yang gigih, tanpa kenal lelah dan putus asa. Jangan lupa, dalam ikhtiar, tidak boleh melakukan hal yang dilarang (haram). Setelah itu, kita wajib bertawakal kepada Allah.
“Berusahalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat usahamu” (Q.S. At-Taubah 9:105)
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Q.S. Ar-Ra’du 13: 11)

Telah sampai masanya untuk rakyat Kelantan berusaha untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik. Buang lah paip-paip usang dan uzur. Gantilah dengan paip baru yang lebih efficient dan efektif.

Buanglah PAS yang dah songlap duit RM600juta untuk rakyat tu. Tinggalkan PAS anda tidak murtad !!! Syurga hak Allah bukan ditentukan PAS !!!

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat maka dosanya atas dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba-Nya.” (Q.S. Fushshilat 41: 46).

BN MENANG RAKYAT SENANG !!! 


Sumber : KGC 

1 comment:

  1. Aku percaya, rakyat Kelantan akan tetap sokong PAS.
    Mereka lebih suka air di Kelantan kotor dan mengandungi bakteria. Lagi bahaya, lagi bagus.

    Lagi cepat mereka mati. lagi cepat masuk syurga. Bukankah Nik Aziz telah menjanjikan syurga untuk mereka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??