Tika ini kemarahan sebahagian rakyat Kelantan terhadap PAS sedang meluap-luap berikutan skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang yang kini telah menjadi hak milik pemimpin DAP dari Perak.
Rupanya tak terdetik walau sezarah pun rasa bersalah dalam hati nurani pemimpin PAS sebaliknya dicubanya pula untuk mengalih perhatian ramai dengan mengadakan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kononnya usaha mengadakan himpunan ini salah satu tujuannya untuk menyelamatkan tanah peneroka FELDA yang didakwa akan tergadai berikutan penyenaraian FGVH di BSKL disamping menuntut pemecatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA.
Sibuk betul PAS dengan untung nasib peneroka FELDA walhal nasib peneroka Ladang Rakyat di Selatan Kelantan yang terumbang ambing dengan hanya mendapat dividen RM200 sebulan sahaja sampai sekarang tak terbela.
Tanah berpuluh ribu ekar tergadai ke tangan pemimpin Cina DAP tak pula PAS sibuk ambil tahu untuk memperbetulkan kesilapan, sebaliknya lebih sibuk usung cerita lain untuk alih pandangan ramai.
Maka beriya-iya PAS dan NGO ANAK yang diketuai AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mempropagandakan himpunan anti FELDA itu kononnya akan dihadiri oleh lebih 30,000 orang peneroka FELDA dari seluruh negara.
"Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang, bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," demikian kata Mazlan pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut minggu lepas.
Tinggi melangit angan-angan yang dihajatinya.
Itu standardlah, dalam bab bermain propaganda angka dan nombor sudah menjadi budaya PAS sejak azali lagi.
Memanjang gebangnya besar mengalahkan bas.
Namun bila tiba sahaja hari perhimpunan berlangsung, akhirnya hanya kurang dari 1,000 orang sahaja yang hadir di mana rata-ratanya adalah ahli dan penyokong PAS yang telah menerima arahan rasmi dari Setiausaha AGung PAS, Mustafa Ali supaya meramaikan program himpunan itu yang diadakan selepas Solat Jumaat.
Mana peneroka FELDA yang dikatakan 30 ribu akan hadir sama ???
Tak wujud pun 30 ribu orang peneroka di himpunan tersebut, hanya beberapa puluh orang sahaja yang benar-benar berstatus peneroka, baki lebih 95% lagi adalah ahli dan penyokong PAS yang walau sesaat pun tidak pernah melalui kehidupan sebagai peneroka FELDA.
Mana pula pemimpin-pemimpin kanan PR khususnya dari PAS dan PKR, misalnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ???
Langsung tak nampak muka, sebab mereka tahu dengan menyertai himpunan yang tidak popular seperti ini hanya akan menjatuhkan air muka sahaja.
Itu yang masing-masing takut menyertainya.
Takut malu beb !!!
DAP once again played the issue of the usage on the word Allah for Bibles.
The same issue which was raised back then during Sarawak's election where PAS agreed to allow Bibles to be published in Bahasa Melayu.
This is seen as the same issue because both have the intention to spread Christianity towards Malay Muslim.
Considering that PAS has agreed with Bahasa Melayu bible, we are not surprised if PAS would finally agree with DAP that the word Allah can be used not just by Christians, probably other religion as well just to make their master, Lim Guan Eng happy.
However, as usual, PAs would first act as if they are against it.
The drama with DAP is important so that they could buy some time before the election comes to cover the issue of Hadi's message, Land in Kelantan, Logging in Kedah, Water in Selangor and other issues which are pressing leaders in Pakatan Rakyat.
Despite that, their predictable drama seemed very boring this time around, it is best for DAP and PAS to stop acting.
This is because everyone is well aware that by the end of this drama, PAS would still obey DAP.
Besides, why would PAS reject the motion when they released an official statement back in January 5, 2010, approving it.
The statement can be seen here, http://pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2603:kenyataan-rasmi-presiden-pas-mengenai-isu-kalimah-allah-&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99
However, today, when Lim dynasty raised this matter again, they were slammed by one of the members of PAS's Ulama Syura Council who is also the Chief of PAS Ulama Council for Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, who says that this confuses Muslims around this country.
He said, "PAS took the stand just like what was decided by the Syura Council of the party previously, not agreeing with anyone regarding this issue."
What is going on ???
Why didn't PAS Syura Council agree with PAS President ???
If this is true, then PAS President might be standing alone supporting Lim because in one of the reports from Harakah, (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_ content&task=view&id=019648&Itemid=96), Nik Aziz also denied the claim which says that he supports the matter, just like what was reported by the mainstream media.
However, in another report in January 21, 2010 in Harakah, Nik Aziz stated that kelantan government do not have any rejection for non-Muslim in the state to use the word Allah, either orally or their religious references.
Nik Aziz then said that he only agrees with the use the word Allah for other religion just as long as it does not cause any harm to Islam.
For Nik Aziz, Hadi Awang, PAS Syura Council and PAS supporters in general, I would like to urge them to stop making any contradictory statements because it does not mean a thing.
This is because everyone knows that PAS would still listen to DAP.
The only thing which is confusing here is that what is the motive or significance for DAP to fight on the usage of the word Allah for Christians.
Everyone do not really know why are they bringing this up now.
Would it bring chaos to Christians if they do not use the word Allah ???
Can Lim dynasty provide the answer ???
Or would Nik Aziz and Hadi Awang answer the question on behalf of Lim ???
Sudah menjadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang sama ada dari DAP, PAS ataupun PKR untuk bercakap soal ketelusan dan mendabik dada mendakwa diri mereka anti rasuah dan menentang salah guna kuasa serta penyelewengan.
Namun sebagaimana biasa sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik sebegini untuk menjadi politikus paling hipokrit, hanya nampak putih dari luar tapi bila dilihat isi dalamnya warna hitam pekat pula yang kelihatan.
Inilah yang terjadi dalam isu penganugerahan tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kini dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min.
Daripada keluasan tanah 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar itu dianggarkan 9,000 ekar daripanya masih lagi memiliki khazanah kayu balak yang bernilai puluhan juta ringgit.
Bermakna selain berpeluang menjadi pemilik tanah itu selama lebih 50 tahun secara pajakan, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min juga bakal menambah lagi kekayaan mereka dengan hasil kekayaan bumi Kelantan melalui aktiviti pembalakan.
Dulu dalam tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300,000 ekar dipindah milik secara pajakan kepada orang luar dari Singapura, kini tanah seluas 10,526 ekar berpindah milik pula kepada pemimpin Cina DAP.
Agaknya PAS sememangnya lahir untuk hanya menghancurkan harta pusaka yang diamanahkan rakyat barangkali, balik-balik hanya pandai gadai, pajak dan jual tanah sambil menebang kayu balak.
Memanjang saja terlibat dengan skandal tanah dan balak.
Anak pribumi Kelantan serta Orang Asli yang bertahun-tahun meneroka tanah-tanah tersebut untuk mencari sesuap nasi pula dipinggirkan daripada mendapat peluang memiliki tanah.
Entah apa jenis negeri kebajikan yang PAS sedang perjuangkan tak tahulah, yang pastinya ia menepati pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".
Selama ini para pemimpin DAP serta ramai pemimpin PAS dan PKR senantiasa sibuk menabur propaganda kononnya para pemimpin BN paling korup dan menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan kroni dan keluarga.
Alih-alih apa yang sedang terbentang depan mata rakyat sekarang rupanya pemimpin PR sendiri yang terkehadapan dalam mempelahap harta kekayaan yang diamanahkan oleh rakyat.
Deklarasi PR di Shah Alam yang ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah kononnya pemimpin PR tidak akan mengambil kesempatan memperolehi tanah-tanah untuk kepentingan diri, kroni dan keluarga akhirnya terbukti hanya omong kosong sahaja.
Paling penting tanah seluas 10,526 ekar yang kini telah menjadi milik Koh Ham dan Kor Min berlaku selang beberapa jangka waktu selepas PAS terhutang budi dengan DAP berikutan sokongannya terhadap pemimpin PAS sebagai MB Perak.
Skandal tanah ini merupakan antara yang terbesar dalam abad milenium ini dan tentu sahaja menuntut tindakan konkrit daripada pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP untuk segera bertindak sewajarnya.
Persoalannya sekarang, beranikah DAP memecat pemimpinnya sendiri demi memulihkan semula air mukanya disamping mengembalikan kepercayaan penyokong PR bahawa DAP dan gabungan longgar parti-parti pembangkang itu serius untuk memperjuangkan ketelusan dan anti rasuah ???
Jenuhlah menantikan tindakan sedemikian, lagipun kalau DAP berani memecat Koh Ham serta sepupunya itu demi mengurangkan impak negatif terhadap parti tiada ruginya kepada kedua-dua pemimpin DAP yang bersaudara itu.
Tanah beribu ekar sudah dapat, kayu balak pun dapat rembat.
Pula tu selama lebih 50 tahun ke hadapan masih lagi boleh senyum lebar, tidur atas tilam wang berpuluh juta ringgit hasil dari kekayaan bumi Kelantan, tak gitu ???
Seorang remaja perempuan yang bekerja di sebuah kedai telefon di Pekan Banting trauma apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di sebuah perhentian bas di Telok Datok.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu ketika remaja berkenaan sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Nia, 16, berkata, dia terkejut apabila pemandu sebuah kereta Waja memberhentikan kenderaannya lalu menunjukkan kemaluan di hadapannya.
Tidak sampai tiga minit katanya, suspek yang berusia dalam lingkungan umur 40-an dengan berpakaian pejabat itu bergegas memandu semula kenderaan menghala ke Banting apabila mendapati sebuah bas awam berhenti di belakang.
“Akibat terkejut saya hanya mengalihkan pandangan ke arah lain dan cuba untuk menyelamatkan diri.
“Mujur suspek tidak melakukan tindakan di luar kawalan dan bertindak beredar selepas itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.
Mangsa berkata, sebelum ini kejadian sama melibatkan remaja lain pernah berlaku di kawasan taman berkenaan tetapi dengan suspek berusia dalam lingkungan umur 20-an.
"Saya khuatir suspek yang dianggap 'gila seks' ini terus berlegar-legar di kawasan taman untuk menakutkan remaja dan orang awam lain," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mohd Khairul Abdul Samad ketika dihubungi berkata, beliau kerap menerima aduan namun kebanyakkan mereka enggan membuat laporan polis.
Katanya, difahamkan terdapat dua suspek pernah cuba memperdayakan remaja di sini dengan meminta menunjukkan alamat menerusi telefon bimbit tetapi sebenarnya menunjukkan gambar aksi lucah.
“Bagaimanapun, SRS sentiasa mengadakan kawalan berjadual di kawasan taman bagi mengelakan masalah sosial berleluasa,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan laporan dibuat oleh mangsa.
Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013.
Laporan jam 8.00 semalam (27/12/2012), mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di ‘tempat kejadian’.
Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam ‘perjuangan’ ini.
Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka.
Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng.
Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.
Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah ‘membanjiri’ Dataran Merdeka setakat ini.
Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.
Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli.
Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal PAS.
Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.
Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu ‘setback’ atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.
Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur.
Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.
Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati.
Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.
Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.
Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif.
Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi.
Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.
Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik.
Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang.
Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup.
Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai ‘regime change’ ???
Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan.
Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.
Apapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga.
Ini kerana pemimpin yang bijak tidak akan ‘menyiksa’ rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya.
Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka.
Nampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu.
Keputusan dua kes rogol gadis bawah umur yang menyaksikan tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara, menjadi isu hangat yang 'dibicarakan' orang ramai sehingga menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Kes pertama membabitkan bekas pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan, 19, yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai, 2009.
Dalam kes kedua, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membebaskan seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22, dengan perintah berkelakuan baik selama tiga tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun di rumah tertuduh di Ayer Hitam pada bulan Julai 2011.
Ini antara kes mahkamah yang mendapat liputan meluas dan dikritik hebat sepanjang tahun ini.
Pindaan Kanun Keseksaan itu bakal menyaksikan mereka yang didapati bersalah merogol gadis bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori dan tidak boleh merujuk seksyen di bawah akta lain bagi meringankan hukuman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan beliau mencadangkan pindaan itu untuk mengekalkan hukuman penjara mandatori mengikut Seksyen 376, dan agar hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah bagi menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara mereka.
Beliau juga berkata, pindaan itu dicadang berikutan jumlah kes rogol yang membabitkan gadis bawah umur adalah tinggi, selain melindungi mereka daripada terdedah kepada jenayah tersebut.
Rogol statutori ditakrifkan sebagai kes di mana seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun, dengan atau tanpa izinnya, yang membawa hukuman minimum penjara lima tahun maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Tahun ini juga menyaksikan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bercanggah dengan perlembagaan.
Sementara itu, skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terus mendapat perhatian umum apabila bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, yang diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan menipu kerajaan, mengemukakan representasi memohon pendakwaan menimbang semula pertuduhan terhadapnya selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Kes melibatkan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang berdepan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan sejumlah RM49.7 juta, turut mencuri tumpuan ramai.
Isu NFC juga menyaksikan Shahrizat memfailkan saman RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategik parti itu, Mohd Rafizi Ramli, yang didakwa memfitnahnya.
Kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam satu forum berhubung kebebasan beragama orang Melayu mengundang kontroversi sehingga menyebabkan beliau memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, yang didakwa memutar-belitkan kenyataannya.
Sementara itu, Koperal Jenain Subi menarik nafas lega apabila terlepas daripada menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskannya daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, dua tahun lepas.
Kes pembunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memasuki fasa berikutnya selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya membela diri.
Tahun ini juga menjadi detik bermakna buat pekerja Lynas Advance Material Plant (Lynas) apabila dibenar memulakan operasi yang tertangguh sejak sekian lama selepas Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan tiga penduduk untuk mendapatkan perintah injunksi interim berhubung lesen operasi sementara (TOL) yang diluluskan kepada syarikat itu. - Bernama
The anti-Lynas group, Himpunan Hijau is on schedule with their plan to organize a hunger strike at Dataran Merdeka for 100 hours beginning at 8pm on December 27 and it is expected to be finished by 12pm, January 1, 2013.
Report at 8pm yesterday (27/12/2012) found that there was less than 20 people at the scene.
Before that, we need to understand they would still drink during the whole strike because they are not willing to die for this 'fight'.
The highlight for this event would be on December 31 where 10,000 cars and motorcycles are expected to join them.
The protest is suggested that it would begin at PAS's Markas Tarbiyah at Taman Melewar Gombak, then in Markas PAS Chegar Mendang in Bentong before they head to Gebeng.
PR Leaders are also expected to be there to give their ceramah during the whole protest.
According to the report today, December 28, the attendance of supporters in Dataran Merdeka is only around 60 people.
Most of them are DAP's Chinese kids who can't really understand both Bahasa Melayu or English, the language which is used on the research report made by international atomic and nuclear authorities, or they are simply too stupid to understand science facts.
Besides that, those who are in Dataran Merdeka also include the Malay kid who refuse to pay off his debt, Adam Adli and two of DAP's slaves from Unit Amal PAS.
If we are to count the media, the real number of those who attended might just be around 30 people.
Even though the number is expected to increase from time to time, this is still a bad kickstart for a program which is supported, or to be more precise, led by the opposition which is famous for their hobby in organizing demonstrations.
Malaysia rarely see any hunger strike before, especially that this one is being done by youth, some even as young as 14 years old, according to the organizer.
That is why, we should expect a huge turn up for this event.
However, just like what is said above, this protest suffered a bad kickstart.
Especially looking at the fact that Lynas has been proven to be safe and it would not cause harm to other human nor the environment.
Fact is, other than those who gave their statement to the court and gain information regarding Lynas, others do not really know what they are protesting about.
They seem to be struggling when it comes to answering questions about Lynas or radioactive matters.
It is just as same as how the court rejected their leaders' statements because it does not contain any factual points.
That is why we think that this hunger strike as a very stupid move.
It is clear that they are being used by the opposition who are desperate to find issues that they turn Lynas into a political issue.
They are also being used by foreign organizations who want to bring down the government as well as Lynas itself (business competition).
In another angle, fact that Lynas has the potential to really be a business competition led by Malay professionals, should not be put aside.
That is why, the number of Himpunan Hijau supporters show almost 100% Chinese, should be taken into consideration to prove that there is something wrong with the real agenda in their rejection towards Lynas.
Whatever it is, the bad kickstart for this event is a clear sign for Pakatan Rakyat to see that rakyat sees the work of trying to tarnish the government's image is just a stupid thing to do, led by stupid leaders.
This is because, smart leaders would not 'torture' rakyat by ordering them to walk at such long distance, getting into a hunger strike which could let them to risks such as injury, or even getting arrested which could deter their future, all so that they could won election.
Smart leaders would always take care of their constituencies to ensure that rakyat would keep on voting for them.
It seems that as Himpunan Hijau works hard to destroy Lynas, Pakatan Rakyat has somehow crumbled first.
Selepas sekian lama menghilang ketika isu amanat songsang beliau menjadi isu, Presiden PAS kembali dari pertapaan dengan mengeluarkan kenyataan meminta supaya RTM dan TV3 memberi ruang kepada beliau selama sejam untuk menjelaskan maksud amanat songsang beliau itu.
Secara umum amanat songsang beliau sudah mencecah 30 tahun umurnya.
Antara jasa amanat songsang beliau ada kejayaan beliau mensyahidkan mangsa-mangsa peristiwa Memali dan juga memecah belahkan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu sehingga wujud jurang pemisah di dalam pergaulan seharian.
Tahniah diucapkan kepada Presiden PAS yang lagaknya umpama pelakon terbaik abad ini.
Sebagai rujukan antara kandungan amanat songsang pelakon ini menurut wikiepdia adalah:
Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.
Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi.
Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983.
Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat.
Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985
Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO.
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.
Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.
Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid.
Mati kita adalah Islam.
Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Jika kita lihat diawal amanat songsang tersebut adalah "Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan".
Perkataan tersebut secara jelas merujuk kepada ahli-ahli PAS yang kita sedia maklum menentang UMNO-BN.
Perkataan tersebut juga seolah-olah menyeru ahli-ahli PAS supaya menentang kerajaan UMNO-BN.
Apa yang menghairankan adalah kenapa beliau bersungguh-sungguh mahukan RTM dan TV3 memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan amanat songsang beliau yang sudah berumur 30 tahun ???
Soalan sama juga perlu dijawap oleh Haji Hadi kenapa perlu dia menjelaskan amanat tersebut menggunakan media pro kerajaan UMNO-BN sedangkan amanat tersebut ditujukan kepada orang-orang PAS ???
Adakah beliau sudah terlupa apa yang mereka labelkan media pro-kerajaan ???
Adakah Haji Hadi sudah mendapat sinar cahaya baru mengajak ahli-ahli PAS menontoh media pro-kerajaan sedangkan mereka sendiri boleh menggunakan media pro-pembangkang seperti Malaysiakini, Harakah Daily, Keadilan Daily mahupun surat khabar rasmi kerajaan Khalid Gagap Selangorkini.
Ini sebenarnya hanya gimik politik bodoh Presiden PAS dalam menyelamatkan survival politik mereka daripada disampahkan dalam PRU akan datang.
Semoga pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO-BN tidak terpedaya dengan muslihat mereka.
Bila mereka bermasalah pandai mencari media pro-kerajaan UMNO-BN tetapi bila mereka merasakan mereka mempunyai kelebihan dalam sesuatu isu, media pro-kerajaan dilabelkan sebagai penfitnah.
Kesimpulan yang boleh kita buat adalah beri peluang Presiden PAS gunakan media mereka terlebih dahulu sebelum cuba berbaik dengan media pro-kerajaan UMNO-BN.
Fikirkan Bersama..
Sumber : KGC
DAP sekali lagi memainkan isu kalimah ‘Allah’ untuk digunakan di dalam kitab Injil Kristian.
Isu hampir sama pernah menjadi hangat ketika Pilihanraya Sarawak di mana PAS bersetuju untuk membenarkan Injil dicetak dalam Bahasa Melayu.
Isu ini dikatakan sama kerana kedua-duanya bertujuan untuk menyebar Kristian di kalangan orang-orang Melayu Islam.
Memandangkan PAS telah pun bersetuju dengan Injil berbahasa Melayu, maka kita tidak hairan jika PAS juga akan akhirnya bersetuju dengan DAP agar kalimah Allah digunakan oleh Kristian mahupun agama lain bagi memastikan Tokong mereka iaitu Lim Guan Eng gembira.
Walaubagaimanapun, seperti biasa, sebelum bersetuju, PAS akan terlebih dahulu bersandiwara dengan berpura-pura menentangnya.
Sandiwara menentang cadangan DAP ini penting bagi membeli masa sebelum pilihanraya bagi melenyapkan isu Amanat Hadi, Tanah Kelantan, Balak Kedah, Air Selangor dan lain-lain lagi yang amat menyesakkan dada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Namun, sandiwara yang pengakhirannya sudah dijangka amatlah membosankan dan seeloknya, PAS dan DAP hentikanlah saja lakonan mereka.
Ini kerana semua orang sudah sedia maklum bahawa di akhir sandiwara ini, PAS tetap akan akur kepada kehendak Tokong Lim DAP.
Lagipun, kenapa pula kali ini PAS ingin menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil sedangkan Presiden PAS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 5 Januari 2010, yang membenarkannya.
Kenyataan ini boleh dilayari di laman rasmi PAS seperti di bawah:
http://pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2603:kenyataan-rasmi-presiden-pas-mengenai-isu-kalimah-allah-&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99
Antara petikan kenyataan rasmi Presiden PAS tersebut ialah:
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.
PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Tetapi, hari ini apabila Tokong Lim membangkitkan isu ini sekali lagi dalam perutusan Krismasnya, beliau ditempelak pula oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, sebagai mengelirukan umat Islam di negara ini.
Katanya,
“PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.”
Apa ceritanya ini ???
Apakah Majlis Syura PAS tidak sependapat dengan Presiden PAS ???
Jika benar, nampaknya Presiden PAS mungkin bersendirian dalam menyokong Tokong Lim kerana dalam satu laporan di Harakah (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_ content&task=view&id=019648&Itemid=96), Nik Aziz juga telah menafikan yang beliau menyokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam itu sepertimana yang dilaporkan oleh media perdana.
Antara petikan kenyataan di Harakah yang dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakri Harun adalah seperti berikut:
“Wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar (Nik Aziz) kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam. Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya. Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya,” kata beliau di sini.”
Namun, carian seterusnya menemui yang sebaliknya di mana pada 21 Januari 2010, Nik Aziz pernah membuat kenyataan seperti berikut yang disiarkan oleh Harakah juga:
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.
Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengikut jejak negeri-negeri lain melarang kalimah ‘Allah’ digunakan orang bukan Islam. “Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat”.
Nik Aziz kemudian menjelaskan bahawa beliau bermaksud yang beliau hanya bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selagi tidak membawa kemudaratan kepada Islam, serta keadaan di Kelantan yang harmoni telah membolehkan ianya dibenarkan.
Untuk Nik Aziz, Hadi Awang, Majlis Syura PAS dan orang-orang PAS keseluruhannya, I4TT ingin berpesan agar hentikanlah memberi alasan dan memutar-belit kenyataan sendiri kerana ia tidak membawa apa-apa makna selain menghabiskan air liur sahaja.
Ini kerana semua orang sedia maklum yang PAS tetap akan akur kepada ‘ajaran Tokong Lim’ sahaja.
Tidak perlu menafikan perkara ini kerana buktinya sudah terlalu banyak, iaitu kes pusat sembelihan di Kedah, kes arak di Selangor, kes judi di Kelantan, kes Injil dalam Bahasa Melayu, kes Kelab Malam Voyage di Selangor, kes penutupan pusat hiburan di bulan puasa di Kedah, kes Salon di Kelantan dan yang paling dahsyat ialah kes murtad di Selangor di mana kesemuanya menyaksikan PAS sujud kepada kemahuan dan arahan Tokong DAP.
Justeru, apa bezanya dengan kes kalimah Allah ini ???
Presiden PAS sudah pun membuat kenyataan rasmi sejak awal lagi yang beliau tiada halangan bagi agama Kristian menggunakan nama Allah dalam bahan keagamaan mereka.
Jika Presiden sendiri sudah membuat kenyataan rasmi, kenapa masih perlu bersandiwara ???
Tiada apa-apa yang perlu dikelirukan atau didebatkan lagi mengenai pendirian PAS dalam isu ini kerana pendirian PAS adalah tertakluk kepada pendirian DAP.
Satu-satunya perkara yang mugnkin mengelirukan di sini ialah dalam memahami motif atau signifikannya bagi Tokong Lim atau DAP untuk memperjuangkan penggunaan kalimah Allah dalam bahan keagamaan Kristian.
Ramai yang hairan tentang kenapa nama Allah perlu dijadikan isu ???
Kenapa nama Allah juga yang diinginkan mereka ???
Kenapa bukan nama lain ???
Kenapa sekarang ???
Kenapa ?!!
Apakah tanpa penggunaan nama Allah, maka ajaran Kristian akan terjejas ???
Selama ini apakah nama yang digunakan oleh orang-orang Kristian di Malaysia untuk merujuk kepada Tuhan yang berkenaan ???
Apakah Tokong Lim boleh memberi jawapannya ???
Atau apakah Nik Aziz dan Hadi Awang ingin menjawab bagi pihak Tokong Lim ???
PAS and DAP are head-on now on the using the word ‘ALLAH’ issue as DAP harps on it to gain the Christian votes while PAS stand firm on its fundamentals that the word ‘ALLAH’ is sacred to Muslims.
The difference in this issue is threatening the political relationship between the two parties that may see each going their own way come the general election.
PAS is now hardening its stand as the party sees the racial and religious divide in the multi-racial Malaysia has taken a new twist as political parties – of course the opposition DAP – is playing to the gallery.
For PAS, despite having its own setbacks, particularly the edict issued by president Abdul Hadi Awang, the party still maintains its support among Malay grassroots who are either fundamentalists or leftists in religious views.
DAP is not banking on PKR to lend support knowing very well the multi-racial party is heading nowhere as its support among the Malays declined very much and its Chinese supporters are either running to DAP itself or MCA while the Indians are seeking ‘greener pastures’.
Left with few Malays, Indians and Chinese who are leaders or generals without soldiers, and headed by Anwar Ibrahim whose ambition to become Prime Minister knows no limits or boundaries, DAP seems to have lost trust there.
Given the fact that PKR Malays in Penang especially do not trust Lim Guan Eng as reflected by PKR state chief who is also Deputy Chief Minister 1 Mansor Othman, DAP has to act fast to prevent the erosion of support and replacing the loses through other means.
Like a business plan, DAP is now playing the religion card, using the word ‘ALLAH’ to attract Christians of different political ideologies to replace the lost support caused by PKR.
But in doing so, the party has caused a rift, a real religious rift that will affect the whole of oppositions’ chance of winning what more retaining whatever seats they are having at present.
The religious rift may also see Malays in DAP, a handful only, going to the establishment or PAS in the quiet of course, because the issue also affects their faith.
As PAS information chief said that Christians should not use it in the Alkitab, claiming that it does not reflect the actual meaning of “God” in the original text, adding that using the word “Allah” in the Alkitab will confuse both Christians and Muslims.
Of course, Anwar as usual flew in like a hero, calling for an urgent meeting of all opposition leaders to solve the issue.
Hopefully Anwar does not behave like the Malay proverb says ‘saperti tikus membaiki labu’, literally means like rats trying to fix pumpkin, which result in more damages.
Siapa yang tidak kenal Abdul Hadi Awang.
Seorang pemimpin PAS yang begitu tegas dan lantang mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Di bawah kepimpinannya juga, haluan perjuangan politik PAS dilihat berubah apabila meninggalkan usaha memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.
Malahan dalam apa juga situasi, biar pun dikecam oleh pelbagai pihak berikutan tindakan PAS bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang memungkinkan PAS dilihat hanya pak turut, Abdul Hadi akan ke depan dan bermati-matian mempertahankan apa yang dipanggil tahaluf siyasi.
Orang Melayu dan umat Islam juga melihat betapa lantang dan beraninya Ahli Parlimen Marang itu muncul setiap masa untuk memperkatakan sesuatu isu khususnya demi kepentingan politik pakatan pembangkang.
Tetapi sejak dua minggu lalu, Abdul Hadi bagaikan seekor singa yang kehilangan taring dan ibarat seekor harimau yang sudah tiada ngaumannya.
Segala-galanya berpunca apabila tercetusnya kembali isu Amanat Haji Hadi yang dilafazkan oleh beliau 31 tahun lalu.
Bermula dengan pendedahan melalui buku "Kafirkah Aku?" hasil tulisan C.N Al-Afghani, hinggalah kepada satu demi satu cerita mengenai kesan amanat yang dianggap 'berpuaka' tersebut.
Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh bekas pengikut PAS mengenai akibat ketaksuban mereka mempercayai amanat itu ternyata bukan sahaja meresahkan Abdul Hadi tetapi juga PAS.
Justeru bagi mengelakkan ia terus diperbincangkan isu amanat itu dianggap isu lama, lapuk dan basi oleh kalangan pemimpin PAS.
Namun bukan itu yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam dan orang Melayu, apa yang mereka ingin tahu apa pandangan Abdul Hadi sendiri kerana segala kekalutan itu berpunca daripada kelantangan beliau 31 tahun lalu.
Tetapi ternyata, keberanian Abdul Hadi bertempat, sehingga ke hari ini, Presiden PAS itu diam seribu bahasa.
Abdul Hadi dilihat seolah-olah tersepit kerana mungkin beliau tidak menyangka begitu dahsyat akibat yang berlaku berikutan amanat tersebut.
Oleh itu mendiamkan diri adalah cara terbaik kerana sememangnya sudah menjadi amalan politik pemimpin-pemimpin PAS apabila mereka bersalah, mereka akan mendiamkan diri.
Diam dilihat jalan selamat biar pun hakikatnya perbuatan berkenaan menimbulkan lebih banyak tafsiran.
Ia memandangkan isu amanat itu dilihat memberikan kesan yang cukup serius kepada umat Islam sejak 31 tahun lalu.
Abdul Hadi tidak boleh mengamalkan sikap lepas tangan dengan menganggap isu lapuk sedangkan apa yang berlaku berpunca daripada beliau sendiri.
Dan jelaslah amanat yang dikeluarkan itu membuktikan tindakan PAS selama ini yang mendabik dada kononnya mereka perjuang Islam hanyalah omong kosong semata-mata.
Ini memandangkan kalau benar Abdul Hadi dan PAS memperjuangkan Islam sudah pasti mereka akan tampil memohon maaf dan menarik balik amanat tersebut.
Abdul Hadi perlu bertanggungjawab dan bukannya bersembunyi di sebalik jubah politik PAS kerana tindakan itu hanya merugikan umat Islam.
Beliau perlu faham, mereka yang terpengaruh dengan amanat tersebut melakukannya demi kecintaan mereka kepada perjuangan parti dan pemimpin PAS tetapi tak kanlah apabila ia satu kesilapan pemimpin PAS khususnya, Abdul Hadi mendiamkan diri.
Apakah ini caranya pemimpin-pemimpin PAS dan Abdul Hadi melayan dan membalas kesetiaan ahli-ahli parti itu ???
Tidak cukupkah selama ini pengikut-pengikut PAS diminta mematuhi apa sahaja arahan termasuk bersedia menjadi kuda tunggangan kepada PKR dan DAP ???
Kenapa perlu mereka terus dibiarkan berada dalam dilema dan tertanya-tanya mengapa Abdul Hadi tidak tampil membuat penjelasan ???
Kita bersimpati dengan pemimpin dan pengikut PAS yang bukan sahaja dilihat kini menjadi pak turut dalam pakatan pembangkang malahan dalam parti sendiri pun mereka hanya menjadi pengikut sahaja.
Jika mereka tidak mahu dianggap sedemikian maka bersuaralah membuat desakan kepada Abdul Hadi untuk menyatakan pendirian dan paling penting menarik balik amanatnya.
Bagaimanapun kita yakin sama ada Abdul Hadi mahupun pemimpin atau pengikut PAS mereka tidak akan berbuat demikian kerana ia akan membuktikan betapa selama ini PAS mengamalkan politik memecah-belahkan umat.
Tambahan pula PAS dan Abdul Hadi sendiri tidak ada jawapan jika disoal oleh orang Melayu dan umat Islam apakah Perlembagaan negara sudah tidak kafir lagi ???
Apakah kerjasama dengan DAP tidak haram lagi ???
Apakah menolak kerjasama dengan UMNO dibenarkan oleh Islam ???
Apakah pakatan pembangkang akan menghapuskan Perlembagaan yang dianggap oleh Abdul Hadi 31 tahun lalu sebagai Perlembagaan kafir ???
Ternyata banyak soalan yang perlu dijawab oleh Abdul Hadi dan kepimpinan PAS, paling malang semua jawapan yang bakal mereka berikan boleh menyebabkan parti itu kehilangan sokongan politik.
Inilah yang menjadi punca utama kenapa Abdul Hadi mendiamkan diri, begitu juga ulama-ulama PAS yang merasakan isu amanat ini terlalu sukar untuk dikendalikan.
Ia memandangkan mereka tidak mempunyai hujah soal siapakah yang akan menanggung dosa pengikut PAS yang terpengaruh dengan amanat itu ???
Bagaimanakah ulama PAS hendak menerangkan kenapakah selama 31 tahun, tidak pernah seorang pun di antara mereka menyuarakan pandangan supaya Abdul Hadi menarik balik amanat tersebut ???
Dan sudah tentulah ulama PAS juga tidak ada jawapan bagaimana hendak mengatur strategi untuk memastikan pengaruh politik PAS tidak terhakis jika amanat itu diakui salah dari sisi agama Islam.
Selama ini, PAS sering mendabik dada bahawa perpecahan orang Melayu berpunca daripada UMNO tetapi apa yang berlaku berikutan kelahiran amanat itu membuktikan bahawa PAS lah parti yang sebenarnya bertanggungjawab memecah-belahkan umat Islam.
Dalam politik UMNO, tidak pernah ada seorang pun pemimpin parti itu yang menzahirkan satu amanat yang bukan sahaja boleh mencetuskan perbalahan antara umat Islam tetapi juga dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum sesama Islam.
Tetapi semua itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS dan Amanat Haji Hadi adalah buktinya dan ia belum lagi mengambil kira kenyataan-kenyataan Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat yang banyak mengelirukan umat Islam dan mewujudkan permusuhan antara mereka.
Apa pun, aku percaya Abdul Hadi mempunyai keberanian bertempat, beliau boleh lantang berkata apa sahaja terhadap UMNO dan BN tetapi 'kecut perut' dalam memberi jawapan dalam isu amanat ini.
Apatah lagi, Abdul Hadi memahami perjuangan PAS sekarang bukanlah lagi menegakkan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud tetapi berkongsi kekuatan bersama-sama PKR dan DAP untuk menumbangkan BN.
Oleh itu, Abdul Hadi sedar beliau perlu berhati-hati kerana PKR dan DAP amat bergantung kepada PAS sebagai kuda tunggangan untuk meraih sokongan orang Melayu.
Namun satu perkara yang perlu disedari oleh Abdul Hadi yang bertaraf tok guru bahawa Rasullullah SAW sememangnya menggalakkan kita diam dalam satu-satu perkara tetapi tidak bagi soal yang boleh membawa kehancuran umat seperti mana dalam isu amanat ini.
Hadi's message still remain as a hot topic even though the intentionally 'goes missing' with hopes that it will be forgotten.
However, we believe that he is well aware that not saying anything would not let him away from being responsible for all the negative impacts the message had given to rakyat.
Efforts from the media, especially Utusan Malaysia to expose the stories where through the message, relationships were broken when supporters start calling their own family members as kafir.
It is because this message is not a small matter which can easily be solved.
Besides, this is the matter of 'debt' where Hadi Awang owe those who were involved, with an apology at least.
Especially when Nik Aziz urged Hadi to defend his message and to never take it back unlike what was Ulama told him to do.
In other words, Nik Aziz is asking Hadi to confirm the fact that UMNO members are kafir and those who held on to the message are right, and that Hadi does not need to apologize to anyone.
It is weird when Nik Aziz claim that we are afraid to face Hadi.
How can we face him if he is not around ???
We are tired of calling him.
Whatever it is, we need to think positively.
We know that such 'Grand Ulama' like Hadi is never a coward.
Perhaps he has no time to respond to the media.
We should understand the attitude of the celebrity-Ulama like Hadi himself.
Hadi however, would need to answer all the questions which has been going around.
It might not be that hard for him to explain things considering Nik Aziz had already given the 'tips' to the answer when he said 'Yes', to PAS, UMNO is kafir.
Thus, if Hadi want to keep quiet, it is clear that PAS still defend its 1981 Message which turns all UMNO members to kafir, until the end of time.
This is what PAS members would have to bear as long as the party is led by people like Hadi Awang and Nik Aziz.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.
Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian.
Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.
Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.
Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan 'nur'nya.
Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.
Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.
10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.
Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.
Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.
Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri.
Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.
Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.
Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.
Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir.
Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.
Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.
DAP has been very synonym with their racist, chauvinist, kiasu and anti-Malay-Islam attitude.
The party also never really hide their agenda to abolish Malay rulers where they openly reject all the honor given by the institution.
We see it as a symbol of total rejection towards Islam as the official religion in Malaysia.
Generally, Malaysians are aware of who DAp really is.
However, if we feel that we really know how DAP works through that description, it is not that correct.
This is because, there is another thing about DAP where most Malaysians, Malays especially, are still not aware of, their Christianity agenda.
The ones who aware of this matter would be the Chinese.
Few of the blogs which revealed this matter include helenang.wordpress.com as well as shuzheng.wordpress.com.
They revealed how DAP's ceramah to the Chinese often say that there is a clear line between 'Malay Muslim' and the 'non-Malay non-Muslim' and then they would ask the 'non-Malay non-Muslim' to unite, in a way, to go against the 'Malay Muslim' (UMNO).
Their expose is then supported with Malay-language blogs especially in Penang as well as current reports in media regarding the spreading murtad case.
Few of the things which the blogs exposed include DAP's closed meeting which clearly mentioned the agenda of turning Malaysia into a Christian country.
The murtad cases proved that the agenda is real when DAP leaders came forward to defend the church and tried to cover their trace, which they then managed to ensure that PAS sacked Dato’ Dr. Hasan Ali.
DAP denied the report but they decided to keep quiet so that this would not turn to a big issue.
Considering that most of the stories come from english-language blogs written by Chinese bloggers, DAP believe that their secret agenda is still safe.
Especially when PAS took the approach of defending DAP in most issues, including the murtad issue, so DAP is convinced that they do not have to worry about any response from Muslims.
It is true that as long as Pakatan Rakyat remain as the opposition, and as long as PAS and DAP need one another to get to Putrajaya, DAP's Christianity agenda could still be seen as a small thing for PAS and covered by DAP from the public.
However, as long as its 'centre' of spreading the religion such as in Subang Jaya, Selangor is still under PR, DAP, and as long as they have the funds for it, it would still be able to spread in this country and it is not impossible that it would give a huge impact for Malaysia.
Or worse, if PR gets to win the coming GE-13, considering that PR is taking the approach of 'win first, think later', we should expect a huge turmoil in the parliament which would never end.
DAP would definitely be consistent with their hopes of developing a secular country which PAS would want to turn everything into Islam, which is opposed by DAP.
Then, we are expecting that PAS leaders would bow down to DAP to ensure that their position would be safe.
Having PAS giving up would definitely spread rage among Muslim rakyat including those who support UMNO because they could not bear seeing Malaysia being turned to a Secular country.
Within less than a year, by 2014, demonstrations would be something routine and behind it, the fall of our country's economy.
What we can expect if PR rules this country is not that different than the era of the brutal Indonesian Reformation.
Bad economy had cost heavy burden to Indonesians.
Those burden then led to anger.
Their hate towards Chinese-Christians who monopolize the country's economy, then became even stronger.
The hate was then translated to the slaughter, rape and robbery to the Chinese just to channel the anger.
Finally, what began as an economic crisis, has turned to ethnic cleansing and 'Islam - Christian war'.
If this happens in Malaysia where DAP stands on the fight for Christianity, it is not impossible that there would be another Crusade.
Few from PAS would definitely say that this is just another scare tactic to avoid people from voting for PR.
However, with all the records and expose, the question of trying to scare rakyat is out of the question because you should really, be scared.
The question now is, does Hadi Awang and his followers believe that UMNO is kafir ???
Would they still fight for DAP ???
Or would they fight alongside UMNO and other Muslims to get their syahid ???