Wednesday 26 December 2012

GUAN ENG KANTOI CUBA TUTUP RAHSIA RASUAH TANAH !!!



Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membangkitkan semula isu menuntut agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil versi bahasa Melayu hanyalah satu taktik untuk mengalihkan pandangan rakyat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ketika ini, dua pemimpin kanan DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming sedang berhadapan kecaman daripada pelbagai pihak berhubung tuduhan menerima habuan daripada kerajaan negeri Kelantan membabitkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang.

Katanya, isu tersebut telah mencalarkan imej parti itu menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi dan bagi mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu berkenaan, Guan Eng menimbulkan semula isu penggunaan kalimah Allah menerusi perutusan khas Hari Krismas di laman blognya baru-baru ini.

"Pada pendapat saya, Guan Eng cuba bangkitkan semula isu kalimah Allah ini kerana dia cuba hendak alihkan perhatian rakyat terhadap isu lebih besar yang dihadapi dua pemimpin parti DAP Perak yang dituduh menerima habuan tanah daripada kerajaan negeri Kelantan.

"Inilah sikap mereka (DAP). Bila timbul isu melibatkan pemimpin mereka, mereka akan cuba alihkan pandangan rakyat dengan menimbulkan isu lain tetapi saya percaya rakyat mahukan penjelasan mengenai isu melibatkan dua pemimpin DAP berkenaan kerana ia isu besar yang melibatkan kerugian jutaan ringgit kepada rakyat negeri Kelantan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) ke-18 di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??