Wednesday, 26 December 2012

HARUN DIN MENGAMUK - APA KATA NIK AZIZ ?!!


Ketika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkempen kalimah Allah patut diberi kepada penganut Kristian, Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din pada tahun 2010 pernah ‘mufarakah’ daripada PAS semata-mata untuk mempertahankannya.

Walaupun Abdul Hadi Awang didakwa menyokong kenyataan Ketua Pakatan, Anwar, namun Presiden PAS itu tidak turun padang melobi penggunaan kalimah Allah itu kepada Kristian sebagaimana yang dilakukan secara agresif oleh Ketua Umum PKR.

Sebaliknya, sebagai menentang hujah Anwar, Haron Din turun padang atas kapasiti individu.


Haron Din ketika dirakamkan ucapannya oleh Mahaguru58 bertegas mengatakan menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

Sambil memetik surah Al-Maidah ayat 73 yang bermksud, 


“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawa Tuhan itu ada tiga, tidak ada Tuhan yang kamu nak sembah melainkan Allah Yang Tunggal, Haron berkata sepatutnya perkara ini sudah selesai kerana menjadi milik Islam.

“Orang Islam sepatutnya tidak ada keraguan dalam dirinya, inilah Allah yang kita sembah dan tidak boleh kita benarkan atau kita katakan boleh digunakan oleh mana-mana agama untuk menggunakan perkataan Allah.

“Soalan yang saya nak tujukan kepada orang yang merasakan bebas berfikir, bebas bersuara, bebas menyokong apa sahaja..kalau kita sokong..sokong maknanya bersetuju, sokong juga maknanya menolong..,” katanya.

Menurutnya, Islam mempunyai kaedah dalam konsep tolong-menolong, iaitu tolong-menolong kearah perkara yang mendatangkan kebajikan dan ketakwaan kepada Allah swt serta menghindari perbuatan dosa.

“Kalau kita sokong Allah ini untuk orang-orang Kristian, Katolik, mereka nak buat apa dengan Allah Taala ini ? Nak Mengesakan Allah atau nak mensyirikkan Allah swt ?

“Saya kata syirik dan syirik ini, satu kezaliman yang cukup besar,“ katanya.

Menurutnya lagi, jika seseorang itu terjatuh dalam amalan syirik, semua kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini sebelum ini, semuanya terhapus.

“Mahukah perkara syirik seperti ini, kita terlibat ? Nauzubillah. Jadi saya tak nampak kalau orang Islam yang faham ini, dia nak buat perkara syirik,”
tegasnya.


Dalam satu lagi rakaman kepada TV PAS Haron secara konsisten menegaskan beliau amat terkilan dan tidak bersetuju kalimah Allah dikongsi dengan penganut lain.

Sambil merujuk Bible, Haron berkata, “Daripada halaman awalnya, chapter satu lagi, saya lihat.. diguna perkataan ‘God’

“Di dalam ini sahaja, ada tidak kurang 30 kali perkataan ‘god’. Halaman dua, tiga, penuh dengan perkataan ‘Lord’..sterusnya, ‘Jesus’.

“Sampai sepanjang Bible ini, saya tidak bertemu perkataan Allah.”

- AIDC -


4 comments:

  1. Orang hanya buta hati dan iman sahaja yang benarkan perkataan ALLAH digunakan oleh agama yang lain. Mahu kah kita suatu hari nanti al-Quran akan dijadikan kitab Bable dan seterusnya al-Quran akan diubahsuai dengan kehendak manusia??

    ReplyDelete
  2. saya setuju dgn haron din.

    ReplyDelete
  3. Orang kita sanggup pertahankan agama lain dari mentauhidkan Allah..akhir zaman yang dipenuhi ulama' yang tersasar dari akidah ASWJ.Sgt2 mengecewakan umat islam sedunia

    ReplyDelete
  4. layakah Nik Aziz dan Hadi Awang dipanggil Ulamak??//Pemimpin dan penyokong" pas kena jawap sendiri.jangan pi tanya orang Umno pulak sebab jawapan dah tahu punya.5% pun tak ada taraf ulama.Mana ada ulama dalam dunia kata Allah mencarut.Mana hadis yang membolehkan seseorang muslim mengkafirkan muslim yang lain.Pi tanya Hadi.pi tanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??