Sunday 30 December 2012

RTM DAN TV3 BANTU HADI SEBAR AMANAT SESAT HADI ?!!



Selepas sekian lama menghilang ketika isu amanat songsang beliau menjadi isu, Presiden PAS kembali dari pertapaan dengan mengeluarkan kenyataan meminta supaya RTM dan TV3 memberi ruang kepada beliau selama sejam untuk menjelaskan maksud amanat songsang beliau itu.

Secara umum amanat songsang beliau sudah mencecah 30 tahun umurnya. 

Antara jasa amanat songsang beliau ada kejayaan beliau mensyahidkan mangsa-mangsa peristiwa Memali dan juga memecah belahkan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu sehingga wujud jurang pemisah di dalam pergaulan seharian.

Tahniah diucapkan kepada Presiden PAS yang lagaknya umpama pelakon terbaik abad ini.

Sebagai rujukan antara kandungan amanat songsang pelakon ini menurut wikiepdia adalah:

Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. 
Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.
Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. 
Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983.
Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. 
Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985

Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. 
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. 
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. 
Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. 
Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. 
Mati kita adalah Islam. 
Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Jika kita lihat diawal amanat songsang tersebut adalah "Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan".

Perkataan tersebut secara jelas merujuk kepada ahli-ahli PAS yang kita sedia maklum menentang UMNO-BN. 

Perkataan tersebut juga seolah-olah menyeru ahli-ahli PAS supaya menentang kerajaan UMNO-BN.

Apa yang menghairankan adalah kenapa beliau bersungguh-sungguh mahukan RTM dan TV3 memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan amanat songsang beliau yang sudah berumur 30 tahun ???

Soalan sama juga perlu dijawap oleh Haji Hadi kenapa perlu dia menjelaskan amanat tersebut menggunakan media pro kerajaan UMNO-BN sedangkan amanat tersebut ditujukan kepada orang-orang PAS ??? 

Adakah beliau sudah terlupa apa yang mereka labelkan media pro-kerajaan ???

Adakah Haji Hadi sudah mendapat sinar cahaya baru mengajak ahli-ahli PAS menontoh media pro-kerajaan sedangkan mereka sendiri boleh menggunakan media pro-pembangkang seperti Malaysiakini, Harakah Daily, Keadilan Daily mahupun surat khabar rasmi kerajaan Khalid Gagap Selangorkini.

Ini sebenarnya hanya gimik politik bodoh Presiden PAS dalam menyelamatkan survival politik mereka daripada disampahkan dalam PRU akan datang.

Semoga pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO-BN tidak terpedaya dengan muslihat mereka. 

Bila mereka bermasalah pandai mencari media pro-kerajaan UMNO-BN tetapi bila mereka merasakan mereka mempunyai kelebihan dalam sesuatu isu, media pro-kerajaan dilabelkan sebagai penfitnah.

Kesimpulan yang boleh kita buat adalah beri peluang Presiden PAS gunakan media mereka terlebih dahulu sebelum cuba berbaik dengan media pro-kerajaan UMNO-BN.

Fikirkan Bersama..

Sumber : KGC


1 comment:

  1. Bila Hj Hadi dpt mykad malaysia. setahu aku beliau belum jd rakyat malaysia. hanya rakyat malaysia sj yg layak masuk TV. Hanya pemimpin yg d sahkan oleh ROS saja yg layak bercakap d TV. Ini Malaysia la, Malaysia ada peraturan. Hanya pimpinan tertinggi sj yg layak bercakap d TV. Kena faham jugak, Pemimpin, ianya bermaksud pemimpin BN saja. Faham!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??