Monday, 24 December 2012

KAUM INDIA TURUT MENJADI MANGSA DAP !!!



Sejak ditubuhkan pada tahun 1966, DAP tidak pernah berubah. 

DAP hanyalah sebuah parti untuk kaum Cina walaupun mereka tinggal di negara berbilang kaum dan walaupun rakyat mempunyai hak mereka tersendiri. 

Jadi, DAP dikenali sebagai parti yang sering mengamalkan semangat perkauman yang tinggi sejak ditubuhkan. 

Beberapa pemimpin Melayu dan India yang diberikan jawatan tinggi di parti tersebut masih tidak dapat menutup semangat perkauman dalam DAP.

Mengamalkan semangat perkauman adalah satu perkara. 

Namun, semangat kiasu mereka adalah sesuatu yang lebih jahat. 

Sebagai parti kiasu, DAP hanya menerima dan tidak pernah memberi, DAP tidak pernah tahu akan nilai 'tolak ansur'.

Keadaan ini boleh dilihat apabila DAP bergabung bersama PAS dan PKR. 

DAP sering meletakkan parti mereka di atas parti-parti komponen lain, di atas bangsa-bangsa lain. 

Apabila DAP mengambil alih Pulau Pinang, niat mereka untuk mengubah negeri tersebut kepada ‘mini-Singapura' di mana kaum Cina mendominasi negeri tersebut. 

Pulau Pinang adalah antara contoh yang terbaik untuk menunjukkan bagaimana keadaan negeri yang dikuasai oleh DAP di mana kaum Cina diberikan kelebihan berbanding dengan kaum-kaum lain. 

Apabila sebuah perkampungan Cina dilanda masalah berkaitan dengan projek pembinaan, penduduk kampung tersebut akan diberikan khidmat peguam secara percuma dan mereka akan diberikan pampasan yang baik. 

Namun, Kampung Buah Pala, sebuah perkampungan India, tidak mendapat layanan yang sama walaupun janji telah dibuat oleh kerajaan PR-DAP untuk menyelamatkan perkampungan tersebut. 

Apa yang sebenarnya terjadi adalah, kampung tersebut telah dimusnahkan begitu sahaja. 

Perkara yang sama juga terjadi kepada gerai-gerai milik peniaga Melayu dan India kerana dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas. 

Namun, gerai-gerai milik peniaga Cina yng menyebabkan kesesakan yang lebih teruk, tidak terjejas langsung.

Selangor adalah satu lagi contoh sikap diktator DAP, dimana PAS dan PKR perlu akur dengan perkara yang DAP rasakan baik. 

Mana-mana perkara yang dirasakan akan memberikan ancaman kepada DAP akan dihapuskan seperti apa yang dilalui oleh Datuk Dr. Hassan Ali. 

Kelantan dan Kedah juga terpaksa akur dengan DAP di mana rakyat boleh melihat pengaruh DAP yang kuat pada exco-exco negeri walaupun negeri-negeri tersebut mempunyai majoriti kaum Melayu. 

Segala peraturan negeri hanya boleh diluluskan oleh DAP.

Dengan Karpal sebagai simbol 'kuasa' kaum India dalam DAP, ramai kaum India yang merasakan bahawa DAP tidaklah se-'racist' seperti yang dikatakan ramai. 

Tetapi, percaya atau tidak, walaupun DAP tidak membenci kaum India seperti mana mereka bencikan kaum melayu, mereka masih rasakan bahawa kaum India hanyalah hamba kepada mereka. 

Itu lah sebab mengapa hanya terdapat seorang wakil India bagi ahli jawatankuasa Pulau Pinang, hanya untuk mengaburi mata rakyat daripada menganggap bahawa DAP adalah racist.

Persepsi DAP terhadap kaum India dapat dilihat dari kenyataan yang diberikan oleh Ngeh di Perak dimana Ngeh bergurau dengan kulit Datuk Zambry yang agak gelap. 

Ngeh juga menyatakan dalam akaun Twitter miliknya bahawa kaum India bodoh dan kemudiannya menyuruh Pengerusi Hindraf Makkal Sakthi, P Waythamoorthy terhadap rancangannya untuk menamakan calon-calon di bawah DAP bagi PRU-13.

Dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif DAP (CEC) baru-baru ini juga menunjukkan kita bagaimana persepsi DAP terhadap kaum India. 

Hanya empat wakil India di CEC, tidak termasuk keluarga Singh King - dua daripada mereka dilantik, bukan diundi.

Jadi, apakah yang akan terjadi kepada kaum India jika PR, atau DAP, mengambil alih negara ???

DAP telah memberitahu kaum Melayu supaya kembali ke hutan, dan mereka masih lagi memberikan mesej yang sama, hanya dengan cara yang berbeza. 

Jadi, jika kaum Melayu juga dihalau ke hutan walaupun negara ini adalah tanah mereka sendiri, apa yang akan terjadi kepada kaum India ???

Adakah 'keluarga Singh' tersebut akan berjuang untuk nasib kaum India ???

Mungkin, tetapi hanya setelah mereka dapat menguasai beberapa jawatan penting dalam parti tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??