Monday 24 December 2012

RENUNGAN HARI ISNIN !!!



Salam to all...

Dalam memulakan hari Isnin apa kata kita merasa sedikit halwa ilmu santapan rohani buat semua.

Hari Isnin adalah hari yg baik untuk memulakan Pelayaran & Perniagaan kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 kelebihan.

HADIS RASULULLAH TENTANG KELEBIHAN HARI ISNIN.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;

“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” 

(Riwayat Imam Tirmizi).

Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. 

Baginda menjawab; 

“Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” 

(Hadis riwayat Imam Muslim).

SEJARAH HARI ISNIN

Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah:

1. Nabi Idris A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin,

2. Nabi Musa A.S. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu,

3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah S.W.T.,

4. Lahirnya Rasulullah Muhammad S.A.W.,

5. Malaikat Jibril A.S. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah S.A.W.,

6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasulullah S.A.W. pada hari Isnin,

7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad S.A.W.

Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar atau ingin mengadakan perjalanan maka seeloknya lakukanlah pada hari Isnin. 

Selain itu, Ummat Islam juga digalakkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin.

Wallahu'alam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??