Friday 17 February 2012

HAK ASASI MANUSIA !!! BOLEH BEROMEN TEPI JALAN KATA PAKATAN HARAM !!!

Seks Tepi Jalan Simbolik Kepada Hak Asasi Manusia Versi Pakatan Haram Jadah !

Sepasang kekasih ini dikatakan terlalu obses dengan hak kebebasan manusia untuk meluahkan perasaan sehingga tergamak mencetus kontroversi apabila berasmara di dalam keadaan separa bogel di tepi kaki lima yang penuh sesak dengan orang ramai.

Itu di barat dan bagaimana pula dengan negara kita?

Di Malaysia, kita mempunyai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan manusia seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Suruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Human Rights Watch dan banyak lagi.

Sebahagian dari mereka memang ikhlas memperjuangkan hak kebebasan manusia dan ada pula sebahagian dari pertubuhan itu yang dikatakan memperjuangkan sesuatu demi kepentingan politik pihak tertentu.

Penulis enggan mengulas tentang politik dan lebih tertarik dengan erti hak dan kebebasan manusia yang diperjuangkan NGO-NGO yang gemar mencetus kontroversi di negara ini.

Misalnya, kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikritik teruk oleh beberapa NGO hak asasi manusia kerana mengharamkan program Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak serta kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

Dalam konteks pemahaman NGO-NGO yang terbabit, golongan LGBT perlu diberikan hak sebagai manusia untuk menyuarakan dan bebas mengamalkan naluri kemanusiaan yang ada di dalam diri mereka tanpa sebarang diskriminasi dari sudut perundangan mahupun masyarakat.

Pada penulis, kebebasan seperti ini seolah-olah meletakkan perilaku kebebasan itu melebihi dari kebebasan yang dibenarkan menurut Islam.

Memang benar Islam adalah agama yang tidak memaksa dan memberikan kebebasan penuh kepada umat manusia.

Namun, perlu diingat bahawa Allah SWT telah memberi panduan melalui RasulNya, Muhammad SAW untuk menyebarkan garisan dan batasan yang perlu dipatuhi agar umat Islam tidak melampaui hukum hakam yang telah ditetapkan melalui Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma’ Ulama.

Persoalannya, apakah hak dan kebebasan yang dituntut NGO-NGO itu bertepatan dengan kehendak Islam, budaya dan moral masyarakat di negara ini.

Misalnya di kepulauan Canary, Spanyol, yang menyaksikan para pelancong dibenarkan secara sah dari segi perundangan untuk berbogel di tepi pantai kepulauan tersebut seperti di Fuerteventura, Corralejo, Semenanjung Jandia, Lanzarote, Gran Canaria, Tenerife dan sebagainya.


Sanggupkah kita menyaksikan Kak Limah, Nyonya Siew Lan, Makcik Munah, Aci Letchumi, Pakcik Akob, dan Pak Nuar berbogel dan berenang-renang di tepi pantai Chenang di Langkawi sambil menikmati ‘mandi matahari’?

Mahukah kita melihat budaya sebegitu menembusi sempadan negara kita yang terkenal dengan amalan Islam, adat sopan, kesusilaan, rasa malu yang tinggi dan budaya ketimuran yang menekankan soal moral yang tinggi?

Penulis yakin bahawa sekiranya budaya LGBT atau mana-mana budaya seumpamanya itu dibenarkan masuk ke negara ini, maka tidak mustahil ia akan menyebabkan budaya berbogel di tempat awam seperti di Eropah juga akan terlepas masuk dan dianggap ‘hak dan kebebasan’ di Malaysia.

Itukah bentuk kebebasan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh sesetengah NGO-NGO di negara ini?

Jika tidak, mengapa pula perlu menyokong Seksualiti Merdeka dan terkini mereka mengecam pula tindakan kerajaan yang menghantar pulang wartawan, Muhammad Najeed A. Kashgari atau Hamza Kashgari ke negara asalnya?

Hamza didapati bersalah kerana menghina Rasulullah SAW oleh ulama Saudi dan apakah kebebasan hak bersuara itu membolehkan dia menghina kekasih Allah?

Kenapa pula Malaysia harus melindungi Hamza yang menghina Rasulullah SAW dan salahkah kerajaan menghantarnya pulang sebagaimana yang diminta oleh negara asal Hamza itu?

Pada penulis, apalah ertinya kebebasan dan hak asasi manusia sekiranya ia bertentangan dengan Islam, moral atau ketetapan fitrah kejadian manusia.

Apa pula pendapat anda?

Patutkah tindakan segelintir NGO itu memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan akhlak serta berselindung sebalik alasan ‘kebebasan dan hak asasi manusia’? 

Sumber : mynewshub


Pssstttt... bengong puak-puak yang sokong wartawan biadap ni. Mampos pi la dia kena hantar balik. Itu yang terbaik ! Pasal pe nak sokong makhluk yang hina Agama Islam dan Nabi Jungjungan kita. Yang menyokong wartawan ni CONFIRM tak de agama !!! Hak asasi kepala hotak hampa !!!



2 comments:

  1. Pretty! This was an incredibly wonderful article. Many thanks
    for providing this info. payday loans
    Here is my blog post ; payday loans

    ReplyDelete
  2. Hi there, this weekend is nice in favor of me, because this time i am reading this impressive
    informative piece of writing here at my residence.
    Feel free to surf my webpage : wonga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??