Sunday, 19 February 2012

GEMPAR !!! YB ZUL CABAR ANWAR LETAK JAWATAN !!! ADA "EGG" KA ANWAR ?!!

(Siasatan Channel 4 News, Britain membuktikan hubungan akrab antara Anwar & tokoh Yahudi Paul Wolfowitz)

Salam 2 all.

Kata mantan Presiden Amerika, George Washington, "you can fool some of the people some of the time, but you can't fool all the people all the time - mike boleh kelentong sesetengah orang pada sesetengah masa, tapi mike tidak boleh nak kelentong semua orang pada setiap masa!".

Apabila Anwar bergegas ke Qatar untuk bertemu dengan pimpinan Hamas, termasuk Khalid Misy'al yang pada masa itu berada di Doha membuktikan betapa desperadonya Anwar untuk memulihkan imej "pak syeikh pejuang Islamnya" yang telah pecah kelentongnya setelah Wall Street Journal menyiarkan kenyataan Anwar "bersedia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel".

Dan tindakan Anwar menyiarkan gambar bersama Khalid Misy'al hanya mengesahkan satu perkara, politik dualam dan putarbelit yang sudah menjadi darah dagingnya. Konon dengan gambar itu terjawablah segala persoalan yang dia "masih bersama dengan pejuang Palestin".

Anwar ingat rakyat Malaysia dan umat Islam bodoh macam para parasit kalkatus rakus yang dicocok hidung yang bersepah sekelilingnya! Dia ingat hanya dengan bergambar tertutup segala sandiwara politik dia.

Macam gambar dia "terlantar nazak" setelah perhimpunan haram 09 Julai 2011 lepas. Dalam ramai-ramai orang, dia seorang je yang terlantar nazak dengan segala tiub dihidung. Mat Sabu yang konon cerita mengadu dilanggar polis pun tak nazak macam Anwar! Tau-tau terbongkar rahsia bagaimana Anwar sebelum dan selepas itu rupenya sihat walafiat!

Macam gambar Anwar sakit belakang tak boleh berjalan sehingga terpaksa berkerusi roda dan lengkap dengan pakej pendekap tengkok untuk menggambarkan betapa nazak dan seriusnya penyakit Anwar, sehingga teman loyer dia masa tu pun boleh tertipu! Tau-tau keluar videoklip Anwar sihat walafiat siap boleh bergurau sakan dengan anak bini dalam penjara!

Berapa lama nak hidup dengan kelentong, bohong, dan putar belit ni yop? Sesekali boleh lah orang tertipu, lama-lama nanti orang tau jugak.

Itulah yang terjadi dengan Anwar. Ramai orang terpukau dan terkedu bila dia dibebaskan oleh Mahkamah. Sehingga ada yang beranggapan dia tidak berdosa, malah ada yang ingatkan dia dianiaya dan dizalimi kerana konspirasi.

Tetapi jangan sesekali ingat ALLAH lupa! ALLAH tidak lupa! Doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan ALLAH. Berapa banyak airmata Saiful menitis menadah tangan memohon petunjuk dan kebenaran daripada ALLAH. Daripada masjid surau, sehingga dihadapan Ka'bah.

Kita ingatkan bila Anwar dibebaskan dia akan bertambah hebat. Rakyat akan menyokong! Rupanya yang sebaliknya berlaku.

Apabila Datuk Hasan Ali yang mengkritik Anwar sebagai politikus kotor dan jijik yang dia tidak akan redho bersekongkol dipecat, ramai yang ingat perjuangan Datuk Hasan Ali akan mati! Rupanya tidak. Pidato dan himpunan beliau makin menarik ramai pengikut. Sehingga ada kepimpinan PAS akar umbi sanggup mengatur program bersama Hasan Ali, malah berceramah sepentas dengan beliau tanpa rasa takut. Kehadiran lebih 15,000 semasa pidato terbaru di Batu Gajah sudah pasti menggusarkan ramai para parasit!

Rupanya ALLAH ada perancangan lain untuk Datuk Hasan Ali! Kini beliau muncul sebagai ikon memperjuangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, satu perjuangan yang dikongsi ramai orang, dan kini umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia menanti-nanti pelancaran 3rd Force @ JATI - Jaringan Kuasa Ketiga!!

Begitu juga doa Saiful. Ramai yang ingatkan selepas Anwar dibebaskan Mahkamah, Saiful akan mati! Saiful akan dihina! Rupanya sebaliknya berlaku. Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti menghina diri dia sendiri! Seolah-olah dia sudah tidak boleh mengawal dirinya.

Sebaik sahaja bebas, Anwar membuat kenyataan bahawa "pembebasan saya adalah kerana kerajaan takut dan tunduk kepada pengaruh asing". Masya ALLAH, keluar dari mulut dia sendiri mengakui ujudnya pengaruh asing yang selama ini hanya disyaki rakyat. Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang sering merujuk kepada Amerika dan rakan-rakan Yahudinya, ramai mengesyaki Anwar cuba menggunakan tekanan asing terhadap Mahkamah dan Kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia.

Kita hanya syak, tapi tiada bukti kukoh! Tiba-tiba Anwar sendiri mengaku "pengaruh asing" punca dia dibebaskan! Sehingga menyebabkan loyer utama Anwar @ Karpal Singh melenting mempertikaikan kenyataan Anwar, kerana bagi Karpal, Anwar bebas kerana kehebatan "a-Singh", bukan pengaruh "asing"!!!

Tak berapa lama selepas itu, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama BBC bahawa "undang-undang liwat dan anti-homoseks" di Malaysia sudah lapuk! Malah dia akan meminda undang-undang lapuk ini. Sekaligus membongkar sikap Anwar yang menyokong seks bebas sebagaimana yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya Bar Council yang melancarkan Festival Seks Bebas LBGT - Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!

Kenyataan Anwar disokong oleh banyak kumpulan pejuang seks bebas seluruh dunia! Nama Anwar dijulang dikalangan kaum pengamal seks bebas! Tetapi ia menyebabkan ramai penyokong tegarnya khusus didalam PAS mula mempersoalkan kewibawaan dan integriti Anwar!

Malah ada yang mula mahu melihat semula videoklip Eskay untuk meyakinkan diri! Teman sendiri dihubungi ramai rakan ulama, ustad, agamawan, kepimpinan dan ahli PAS & PKR yang meminta melihat sendiri videoklip itu. Dan kesemua mereka yang melihatnya buat pertama kali mengakui memang Jantan-X dalam videoklip itu adalah 100% Anwar!

Mereka mula mencari jalan menjauhkan diri daripada Anwar! Sehingga ada yang mula membuat kenyataan tidak mahu lagi terlibat dengan politik, atau menyertai pilihanraya bersama pembangkang dalam PRU 13 nanti!

Dan tiba-tiba, tanpa sesiapa menduga, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama Wall Street Journal bahawa dia "menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim Israel!".

Kenyataan yang teman rasa dibuat sebagai "political lifeline" beliau, untuk memuaskan hati rakan sekutu Yahudinya. Apatah lagi PRU 13 sudah semakin dekat. Sokongan asing, terutama daripada rakan para Yahudi ini sangat penting buat Anwar. Lagipun kenyataan itu disiarkan oleh media pro Yahudi. Apa salahnya! Siapa nak tau!

Tetapi Anwar salah langkah! Dunia hari ini sudah berubah. Maklumat boleh diperolehi dihujung jari, "just one click away".

Tau-tau kenyataan pro-zionis Anwar terbongkar. Menyebabkan ramai rakan beliau dikalangan gerakan Islam, samada di Indonesia, Turki dan negara 'Arab terkejut. Mereka mula meragui Anwar dengan gambaran "Pak syeikh pejuang Islam! Pimpinan Palestin daripada Fatah dan Hamas mengkritik keras kenyataan itu. Pimpinan haraki Islamiyyah di Indonesia mengutuk keras pendirian Anwar itu.

Perdana Menteri Ghozzah, Ismail Haniyeh melahirkan kekecewaan semasa pertemuan dengan Ustadz Nasaruddin Mat Isa baru-baru ini. Katanya kenyataan saperti itu tidak sepatutnya datang dari seorang yang mengaku pejuang Islam. Azzam Tamimi, pejuang tegar umat Falastin mengkritik kenyataan tersebut sebagai tidak mencerminkan watak dan akhlak seorang pemimpin Islam.

Duta Besar Falastin di Kuala Lumpur turut mempertikai kenyataan Anwar tersebut, sambil melahirkan rasa kehairanan bagaimana Anwar yang menonjolkan imej pejuang Islam boleh membuat kenyataan yang disifatkan sebagai "khianat" terhadap perjuangan rakyat Falastin dan umat Islam!

Terbaru, Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang, penyokong tegar Anwar, juga mengeluarkan kenyataan tegas mengkritik Anwar. Datuk Seri Hadi menegaskan bahawa orang yang menyokong rejim zionis Israel adalah pengkhianat Islam! Datuk Seri Nik Aziz mendesak Anwar menarik balik kenyataan pro-zionis itu.

Kenapa tiba-tiba Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang membuat kenyataan mempertikaikan Anwar dalam isu Israel ini teman tidak tahu! Adakah ini mainan politik untuk mendapat semula sokongan orang Melayu konon dengan menyokong Falastin teman tidak pasti!

Cuma teman bersangka baik dengan kenyataan pimpinan PAS ini! Mungkin sudah tiba masa ALLAH membuka hijab yang menutup mata hati mereka selama ini! Kalau ALLAH hendak memberi hidayah, kalau ALLAH nak mengubah hati kepada kebenaran, dengan sekelip mata ALLAH boleh buat. Kun fayakuun..jadilah..maka jadilah ia.

Apapun teman berharap isu pro-zionis oleh Anwar ini menjadi pembuka hijab kepada pekong politik dualam dan hipokrit mainan Anwar yang telah memecahbelahkan umat Islam bangsa Melayu! Semoga ia menjadi titik permulaan kesatuan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia ini. Semoga ia menjadi titik permulaan kegemilangan perjuangan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara ini!

Apapun, Anwar kini sudah tersepit. Sebenarnya kalau dia ikhlas, kalau benar dakwaan Anwar dia telah disalah lapur oleh WSJ, mudah sahaja menyelesaikannya. Dia hanya perlu mengarahkan peguam dia menyaman WSJ, dan menuntut WSJ menarik balik kenyataan itu, dan menuntut ganturgi puluhan, malah ratusan juta terhadap WSJ!

Tetapi pelik, Anwar langsung tidak berbuat sedemikian. Langkah yang cukup mudah, dan boleh menyelesaikan masalahnya. Macam dengan memberikan sampel darah untuk ujian DNA, selesai masalah! Macam angkat sumpah la'nat, selesai masalah!

Tetapi Anwar tidak memilih sedemikian. Dia memilih jalan bersusah payah pergi ke Qatar, membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk tambang, hotel dan lain-lain, hanya untuk bergambar dan berjumpa dengan Khalid Misy'al. Yang peliknya, dia tidak mahu pulak terus ke Ghozzah, berjumpa dan bergambar dengan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Ghozzah!

Apapun, tembelang dan kelentong Anwar makin terbongkar. Sebab itu teman siarkan videoklip diatas. Videoklip ini adalah petikan lapuran siasatan oleh sebuah media televisyen Britain, Channel 4 News yang menyiasat skandal bapak Yahudi, Paul Wolfowitz dan girlfriendnya Shaha Riza dan Anwar yang mengegarkan Bank Dunia! Sehingga menyebabkan Paul Wolfowitz dipecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia!

Lapuran oleh media Barat ini jelas membuktikan rangkaian hubungan Anwar dengan Yahudi, termasuk Wolfowitz. Seluruh dunia tahu Wolfowitz, bekas Duta Besar Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan kehancuran Indonesia, adalah akitek peperangan dan penaklukan terhadap Iraq dan Afghanistan! Ditangan Wolfowitz, mengalir darah umat Islam yang dizalimi dan dianiaya.

Dan tangan Wolfowitz lah yang banyak membantu Anwar selepas dipecat Tun Mahathir. Termasuk melantik dia sebagai pensyarah di John Hopkins University, Pengerusi International Foundation For The Future (IFFF) dan lain-lain (sila lihat entri teman bertajuk "AL-Yahud" bertarikh 29.01.2012).

Kini terbukti betapa hubungan Anwar dengan rangkaian zionis Yahudi makin terbongkar! Bukannya datang daripada sumber ketiga, tetapi datang daripada mulut Anwar sendiri.

Adakah ini kesan solat hajat yang selalu dibuat oleh para parasit penjilat Anwar? Atau adakah ini petanda makbulnya doa dan airmata Saiful?

Hanya ALLAH sahaja yang tahu! Tetapi yang jelas, walaupun Anwar berjaya kelentong sesetengah parasit pada sesetangah masa, tetapi Anwar tidak boleh kelentong seluruh dunia pada setiap masa!

Teman yakin ALLAH tidak akan benarkan pembohongan dan putarbelit ini terus berlaku! ALLAH tidak akan benarkan umat Islam bangsa Melayu terus terpedaya!

Airmata Saiful tidak akan ALLAH persia-siakan!

Ya ALLAH, selamatkan umat Islam, bangsa Melayu dan tanah air kami daripada sebarang kedurjanaan dan pengkhianatan oleh mereka yang durjana dan khianat!

Kepada rakyat Malaysia, umat Islam dan bangsa Melayu, inilah masa untuk ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim!

TIME-4-ABAI! ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM!

INILAH MASA UNTUK TOLAK ANWAR IBRAHIM!

Rakyat Hakim Negara!

Hukum Anwar di Mahkamah Rakyat!

Tolak Anwar dalam PRU 13 nanti!


Pada Anwar, teman nasihatkan bertaubatlah! Hentikanlah segala lakonan dan sandiwara! Kubor sudah kata mari, rumah sudah kata pergi! Bermuhasabahlah! Masa masih belum terliwat untuk bertaubat! Pintu barzakh semakin dekat. Takutlah kepada ALLAH!

Dan teman cabar Anwar letaklah jawatan! Janganlah umat Islam bangsa Melayu terus diaibkan dengan kehadiran pemimpin macam mike! Serahkanlah kepimpinan pembangkang kepada Datuk Seri Hadi Awang, ataupun Datuk Seri Nik Aziz! Mereka lebih layak memimpin pembangkang daripada mike! Mike sudah hilang segala kredibiliti, moral dan kewibawaan untuk terus menjadi pemimpin negara umat Islam Malaysia ini!

ANWAR, YOU ARE JUST NOT FIT TO LEAD US!!! PLEASE STOP!!! PERIOD!!!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Rabi'ul Awal 1433
14 Februari 2012





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??