Tuesday, 14 February 2012

SKANDAL SEKS TUTUH CHINADOLL !!! SKANDAL PASIR BUNUH ORANG !!!



Skandal pasir di Selangor sebenarnya tidak akan tamat selagi kerajaan PKR memerintah. Kenapa aku katakan begitu? Kerana pasir Selangor adalah antara sumber dana terbesar untuk kerajaan negeri kerana kegagalan mereka untuk menjana ekonomi daripada sumber lain. Tidak perlu mendabik dada diatas jumlah simpanan tetap kerajaan negeri kerana semua duit itu adalah hasil penjualan aset-aset yang ada. Sebelum aku pergi jauh, tolong fikir, kenapa dengan duit kerajaan negeri yang berbillion itu tidak dibelanjakan untuk rakyat Selangor? Sumber mengesahkan bahawa duit tersebut akan digunakan untuk dana pilihanraya nanti.

Kematian Patrick Wong yang disyaki dibunuh selepas dikatakan akan membongkar skandal pasir KSSB sebenarnya bukan satu perkara yang pelik. Pendedahan RPK itu ada betulnya. Setiap individu yang cuba mengganggu KSSB akan di ugut supaya tidak lantang bersuara kerana kerajaan PKR tidak mahu ada pengacau dalam memastikan kantung kewangan mereka mencapai target sebelum PRU bermula.

Apa yang aku ingin dedahkan adalah satu laporan polis daripada seorang Pegawai Pemasaran KSSB yang tidak berpuas hati dengan cara KSSB mengaut keuntungan besar melalui Pegawai Kanan mereka iaitu Wong Swee Leong. Siapa Wong Swee Leong? Beliau adalah Ketua Jabatan Pemasaran KSSB yang dipertanggungjawapkan oleh Ronnie Liu menjaga semua urusan pembelian pasir.

Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wong Swee Leong telah memberi harga khas untuk pasir kepada sebuah syarikat bernama Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ Tan Chin Huat dengan harga RM13.50 satu tan pasir sedangkan harga pasaran adalah RM17.50.

MP Kapar juga pernah menamakan Wong Swee Leong ini sebagai antara pegawai kanan KSSB yang terlibat di dalam perlombongan pasir secara haram di Selangor. MP Kapar juga mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salah urus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram. KLIK SINI



Laporan polis daripada kakitangan KSSB yang diugut bunuh melalui satu panggilan telefeon.




Akuan Bersumpah salah seorang kontraktor pasir yang dipermainkan oleh kakitangan KSSB




Surat daripada KSSB mengesahkan bahawa Wong Swee Leong adalah pegawai yang dipertanggungjawapkan untuk setiap sebutharga KSSB



Teks ucapan YB Wee Chee Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju tentang skandal pasir dan siapa Wong Swee Leong

Nota KGC- Seronok bercerita pasal skandal pasir Selangor pasal byk dokumen dalam tangan. Sama seronok dengan Rafizi Ramli bercerita pasal NFC. Jangan ingat Rafizi sahaja boleh dapat dokumen.


Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??