Sunday, 19 February 2012

CSL VS LGE - ISU PKFZ ADA !!! KENAPA ISU BAYAN MUTIARA TAK ADA ?!! DEBAT MUSLIHAT !!!


Kaum Cina Di Persimpangan : Apakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa


Begitulah tajuk debat antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng yang telah berlangsung di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur pada petang Sabtu.


Kehadiran hampir 800 orang penyokong dari kedua-dua parti memenuhi dewan dan hampir 200 orang lagi gagal mendapatkan pas masuk, berada di lobi bagi menyaksikan acara debat yang berjalan lebih sejam itu melalui skrin besar.


Moderator debat berkenaan adalah Tan Ah Chai, Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor. Aku dengar moderator dan penganjur amat tegas sepanjang mengendalikan sesi debat berkenaan agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Suasana di dalam dewan agak terkawal jika dibandingkan di Lobi kerana tiada yang mengawal di Lobi. Bagaimanapun, Soi Lek nampaknya yang lebih mengawal sesi debat berkenaan dibandingkan dengan Guan Eng.


Apa yang aku nak sampaikan disini bukanlah nak buat cerita liputan debat berkenaan. Tetapi, ada sesuatu disebalik debat ini yang mana mungkin ada yang kurang sedar.

Debat yang diadakan ini sebenarnya punya muslihat tertentu. Umpama sebuah jerat percintaan !

Pada jam 5.12 petang ketika Guan Eng mengambil giliran dalam debat yang dimulakan oleh Soi Lek, perkara pertama dibangkitkan adalah debat antara Najib dan Anwar.

Jelas tujuan debat antara Soi Lek dan Guan Eng ini hanyalah sekadar umpan untuk Najib berdebat dengan Anwar.

Pada pandangan aku, Najib tak perlu buang masa berdebat dengan Anwar ! Banyak lagi yang perlu Perdana Menteri kita lakukan. Lain lah buat penganggur yang memang tak de kerja seperti Anwar tu. Apa la sangat punaisihat ekonomi sehinggit tu.

Aku pelik juga, tatkala Guan Eng bercerita pasal tender terbuka tu kenapa Soi Lek tak buka cerita Projek Bayan Mutiara dan minta jelaskan isu dan maksud Tender Terbuka terhadap Projek Bayan Mutiara !

Guan Eng sepatutnya ditanya kenapa Ivory dipilih sedangkan SP Setia yang telah dapat PNB berkaitan isu Projek Bayan Mutiara ini ? Pada aku, Soi Lek sama ada tidak mengambil peluang dengan sebaiknya atau ini adalah sekadar muslihat mereka berdua.

Debat antara kedua pemimpin kaum Cina ini tidak seharusnya membabitkan Najib dan Anwar tetapi inilah yang aku katakan seawal tadi bahawa debat ini punya muslihat untuk menarik Najib turun berdebat dengan penganggur bernama Anwar !

Puak-puak Pakatan Haram Jadah ini hanya punya 1 tugas sahaja iaitu berceramah siang dan malam kerana mereka ini tak ada kerja !

Bagi pemimpin negara kita terutama Perdana Menteri yang bekerja siang malam demi untuk memuaskan hati rakyat, ada banyak agenda lain demi memajukan rakyat dan negara. Aku sama sekali tidak menyokong untuk Perdana Menteri membuang masa berdebat melayan penganggur dari Pakatan Haram !

Ada pula puak-puak pencacai yang menyatakan Najib tak de telor nak berdebat dengan Anwar. Pada aku senang je, Najib ada telor tapi tidak pula dia tayang pada umum.

Lain lah dengan ketua pembangkang yang bukan sekadar menayang telor pada umum, sekali pakej konek bengkok dia pun dia dah tayang !


Sumber : KGC


Kronologi Debat... (mynewshub)

4.55PM
Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.

5.00pm
Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.

Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap selama lapan minit.

5.02pm
Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.

5.05pm
Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.

Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.

“DAP hanya bercakap besar,” kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.

Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.

5.07pm
DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.

Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.

5:10pm
Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.

“Siapakah sekutu terbesar PAS?” tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak “DAP!”.

5.12pm
kini tiba giliran Guan Eng.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5.14pm
“Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.

“Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah,” kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.

5:16pm
“DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat,” kata Lim.

Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.

“Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti,” kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.

5.20pm
Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?

Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.

Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut “ya” secara serentak.

Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.

5.25pm
Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.

05:28pm
kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.

Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.

5:36pm
Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.

Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.

Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.

“Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?” kata Chua.

Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.

5.40pm
Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada
dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.

Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.

“Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat,” kata Lim.

Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.

5.45pm
Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.

Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.

5.55pm
Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan.

Bagaimanapun, Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari Umno.

Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.

“Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa),” kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.

6.05pm
Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berlaungkan nama pedebat masing-masing.


Psssttttt... ada pakatan antara Soi Lek dengan Guan Eng ke ????



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??