Tuesday, 21 February 2012

11 SOALAN CEPUMAS UNTUK DIJAWAB AZHAR IDRUS !!! ADA "EGG" ?!!


SEMUA kerajaan laksanakan tidak betul, melanggar syariat, tidak Islamik dan pernah juga kerajaan ini dianggap kerajaan taghut malah sehingga ke hari ini kerajaan dan pimpinan UMNO diserang dengan berbagai-bagai fitnah, dimaki dan digelarkan dengan macam-macam gelaran.

Begitu bencinya Pak lebai, Pak Imam, ustaz ataupun yang mengaku ulamak baik yang mengaji tinggi ataupun setaraf mangkuk ayun terhadap UMNO, terhadap PM Najib dan kepada semua pemimpin yang sebelum dan hari ini berkerja keras untuk memakmurkan negara dan rakyatnya.

Bongkak, angkuh orang yang melemparkan fitnah dan maki hamun ini. Mereka ini berserban, berkopiah dan mulutnya sentiasa kumat kami mencari helah baru dan merancang segala fitnah untuk mengelirukan rakyat. Mereka gunakan masjid dan surau sebagai tempat untuk mereka melampiaskan nafsu amarah mereka untuk kepentingan diri ataupun kepentingan idealogi pertubuhan ataupun persatuan yang mereka wakili.

Ada yang mengaku mereka tidak pernah berguru sedangkan Nabi Saw pun ada gurunya. Ada yang mengaku mereka bersekolah agama baik di pondok ataupun pasentren tapi di sekolah pondok pun hari ini begitu banyak masalah moral termasuklah mencabul anak murid sendiri hingga ada yang melahirkan anak luar nikah.

Hari ini ada yang menjaja ataupun melacurkan ilmu agama yang tidak seberapa untuk mencari makan. Ada yang mengenakan bayaran cukup tinggi bagi kelas tazkirah, forum ilmuan agama malah ada yang meminta layanan bertaraf VIP sekiranya mahu khidmat mereka.

Saat beginilah mereka ini mengambil peluang mencerca, mengadu domba dan memecahbelahkan masyarakat malah semakin dekat pilihanraya, telatah dan lidah mereka cukup menjadi-jadi. Kalau sebelum ini saya pernah menulis tentang betapa `hebat’nya Azhar Idrus hingga tulisan saya diserang dengan segala caci maki.

Ramai yang mengatakan Azhar ini hebat. Dakwahnya mudah difahami. Dia cukup disenangi oleh golongan muda. Kita tidak tahu golongan muda yang bagaimana? Adakah golongan muda yang memilih jalan pintas untuk bertaubat dan mengenal Tuhan serta Rasul tanpa mahu mengambil kira latar belakang guru mereka? Atau adakah golongan yang telah sekian lama sesat dan akhirnya bertemu jalan senang untuk menghapuskan dosa silam mereka?


Kalau benarlah Azhar Idrus ini berdakwah untuk menegakkan syiar Islam di Negara ini, dia perlu menjawab beberapa soalan kerana dalam beberapa ceramahnya beliau begitu tega memfitnah dan menyerang kepimpinan PM Najib.

Saya tanya 11 soalan dulu untuk Azhar Idrus jawab dan kalau beliau tidak mampu untuk berkata benar dan menjawab soalan ini, kita desak Majlis Agama yang memberikannya tauliah untuk mengajar agama menarik balik tauliah tersebut.

1. Apa hukumnya sesorang itu mengerjakan Haji dengan wang sponsor oleh orang yang ada kepentingan terhadap kuasa seseorang?

2. Apa hukumnya jika seseorang pemimpin yang berjanji sekiranya menang pilihanraya mereka akan melaksanakan hukum hudud tetapi setelah menang mereka tidak laksanakan?

3. Apa hukumnya jika pemimpin yang berkuasa ke atas undang-undang syariah apabila diberitahu ada pemimpin lain di bawahnya terlibat dengan zina tetapi tidak mengendahkannya sedangkan ada saksi yang sanggup tampil ke depan.

4. Apa hukumnya sebuah kerajaan yang banyak mendirikan berhala pada zaman pemerintahannya melebih daripada mendirikan masjid malah hampir tiada langsung masjid didirikan?

5. Apa hukumnya jika seorang pemimpin yang berkuasa melantik anak menantunya menjadi Pengarah Syarikat dalam negeri yang diperintanya tanpa persetujuan syumul dan ahli lain?

6. Apa hukumnya jika sebuah kerajaan gagal untuk menyediakan kemudahan asas seperti air bersih kepada rakyat sedangkan sebelum ini mereka berjanji untuk melaksanakannya?

7. Apa hukumnya jika seorang pemimpin mengarahkan arak yang dirampas dihantar balik kepada penjual seperti yang berlaku di Selangor?

8. Apa hukumnya pemimpin yang menghalang Jabatan Agama membenteras gerakan Kristian memurtadkan orang-orang Islam malah mereka ini menyalahkan Jabatan Agama?

9. Apakah hukumnya jika pemimpin Islam menolak untuk bersatu dan perpaduan sesama Islam yang lain malah menolak ataupun meningkirkan pemimpin-pemimpin Islam lain yang mahu bersatu?

10. Apakah hukumnya memfitnah pemimpin atau orang lain membunuh seseorang sedangkan tiada sebarang saksi ataupun bukti walau sekeping gambar mahupun seminit video?

11. Dan apakah hukumnya jika seseorang itu tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan di atas segala nikmat yang mereka terima?



Selama ini Azhar Idrus ini cuma nampak dan bersungguh mempertahankan pemimpin islam dalam PAS pada setiap ceramahnya walaupun tidak menamakan khusus pemimpin mana dan kali ini kita minta beliau jawab 11 persoalan itu kerana beliau dilihat bukan sekadar berdakwah tetapi sudah berani mengeluarkan hukum. Dan kalau tidak mampu jawab, seperti yang saya katakan tadi, Majlis Agama perlu menarik balik tauliah mengajarnya kerana jelas dakwahnya bermotifkan politik dan bukannya mahu menegakan syiar Islam.


Sumber : SANGGAHTOKJANGGUT


1 comment:

  1. diorang ni cakap je pandai.. turun padang la buat keje.. dok hafal Al-Quran dan hadis semata-mata nak cari duit dan kuasa melalui ceramah.. apa yang diseru dalam Al-Quran tu tak dilaksanakan tapi dok suruh org lain buat. bila org dah buat, bukan nak ckp terima kasih, lagi dikomplen dan dikutuknya.. BUAT LA DULU BARU TAU SUSAH KE SENANG! setakat bersila atau atas kerusi empuk, budak tak abis belaja pun bole buat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??