Friday, 12 October 2012

18SG : LAGI KISAH MALAM PERTAMA VERSI SERAM !!! NUAR DAN SEPOL ?!!

Salam to all...

Hari ni I4TT nak cerita pasal malam pertama lagi.

Kali ni berbeza sikit, bukan lagi kisah pendedahan malam pertama Nuar dan Jijah.

Tapi versi ni agak seram sikit dan sesuai la kot aku kongsi waktu malam kan.

Hahahaha....

Woohooohoooo...

Bukan kisah malam pertama Nuar dan Sidar wei...

Dan bukan juga kisah malam pertama Nuar dan Chinadoll...

Bukan juga kisah malam pertama Nuar dengan Siamdoll...

Nuar dengan Saiful ???

Hahahaha...

Baca sendiri dibawah ni ok...


Satu perihal sebagai renungan kita bersama..
Untuk merenungkan betapa indahnya malam pertama kita..
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata..
Bukan juga malam pertama masuk ke peraduan Adam & Hawa..
Akan tetapi malam pertama kita di dalam kubur..
Satu malam yang meninggalkan hiba tangis sanak saudara..

Hari itu..kita sangat dimanjakan..
Mandipun.. harus dimandikan..
Seluruh aurat badan kita di buka..
Tidak ada sehelai benang pun menutupinya..
Tidak ada sedikit pun rasa malu..
Seluruh badan kita digosok dan dibersihkan..
Kotoran dari setiap lubang, juga dubur dikeluarkan..
Bahkan lubang-lubang itu pun pasti ditutupi kapas putih..
Itulah 'susuk' kita..
Itulah rupa jasad kita waktu itu..

Setelah kita dimandikan..
Kita dipakaikan pula kain cantik berwarna putih..
Pakaian itu.. jarang orang memakainya..
Pabila dipakai.. kita tak dapat pula melihatnya..
Pakaian yang sangat terkenal bernama kafan..
Wangian ditaburkan ke baju kita..
Bahagian kepala, badan dan kaki kita diikatkan
Tataplah.. renunglah.. itulah wajah kita..
Keranda pelamin kita terus disiapkan..

Kita bersanding sendirian..
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga & sanak saudara..
Menuju ke istana keabadian sebagai simbol asal usul..
Kita diiringi langkah lemah seluruh keluarga..
Serta rasa haru para handai taulan
Bacaan syahdu bersyairkan azan & kalimah zikir..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba lebih awal..

Siraman air mawar sebagai penghantar akhir kerinduan..
Dan akhirnya.. tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggalkan sendirian..
Untuk dipertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan kita..
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap serangga & cacing tanah..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan selepas 7 langkah telah pergi..
Mungkar & Nangkir menghampiri kita lalu bertanya..
Kita tidak tahu apakah kita akan memperoleh nikmat kubur..
Ataukah kita akan memperoleh seksa kubur..
Kita tidak tahu...
Dan tidak seorang pun yang tahu..

Nota Kaki:
aku berkongsi garapan ini buat sesiapa juga yang sedar bahawa kita sebenarnya sedang menunggu untuk merasakan ''malam pertama'' kita.. anehnya kita tidak pernah gentar atau takut akan malam itu.. bahkan tidak pernah menangis & berpasrah atas nama ALLAH..

Okeh, coretan ni I4TT cilok dari Wadah Kelanajaya.

Moral of the story : Anwar Ibarahim harus bertaubat - Karpal Singh


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??