As'salam... Salam subuh buat semua.
Kebelakangan ini, I4TT banyak membuat pendedahan perlakuan sumbang yang membabitkan anak remaja kita pada zaman ini.
Malah mereka ada yang tidak segan silu mengakuinya dan lebih malang ada yang berbangga.
Apakah punca keruntuhan akhlak anak-anak muda zaman ini ???
Adakah salah UMNO ???
Hahaha.... Jawapan paling lawak pernah aku dengar !!!
Jenuh juga aku fikirkan persoalan ini.
Salah siapa ???
Dimana silapnya ???
Semua pihak memainkan peranan penting sebenarnya.
Namun, apa sekalipun ibu bapa lah yang sebenarnya bertanggungjawab sepenuhnya.
Kenapa ???
Akhirat nanti, bukan YAB PM DS Najib yang akan ditanya, bukan guru-guru yang akan ditanya... sebaliknya ibu bapa berkenaan yang akan ditanya.
Well, ini I4TT kongsikan 15 kesilapan ibu bapa didalam mendidik anak-anak yang I4TT temui dalam FB 2 minggu lepas.
Harapnya perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan sama-sama kita perbaiki diri kita masing-masing.
Elok juga para remaja juga baca especially yang belum bertaubat dari kancah maksiat kerana lambat atau cepat, korang pun akan ada anak juga.
Ini antara 15 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak;

Kesilapan 1 : Kurang Berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah;
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
- Saidul (penghulu) istighfar
- Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
- Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah;
Kesilapan 2 : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti;
Kesilapan 3 : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Kesilapan 4 : Menegur mereka secara negatif
Kesilapan 5 : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
Kesilapan 6 : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Kesilapan 7 : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Kesilapan 8 : Susunan rumahtangga yang tidak kemas
Kesilapan 9 : Kurang menghidupkan sunnah di rumah
Kesilapan 10 : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
Kesilapan 11 : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
Kesilapan 12 : Berrtengkar di depan anak-anak
Kesilapan 13 : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
Kesilapan 15 : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” - (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
- Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
Kesilapan 2 : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti;
- menakutkan anak-anak dengan sekolah
- menakutkan dengan tempat gelap
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
- menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
Kesilapan 3 : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
- Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
Kesilapan 4 : Menegur mereka secara negatif
- Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
- Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
- Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
Kesilapan 6 : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
- Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
- Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” - (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesilapan 7 : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
- Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
Kesilapan 8 : Susunan rumahtangga yang tidak kemas
- Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
Kesilapan 9 : Kurang menghidupkan sunnah di rumah
- Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
Kesilapan 10 : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
- Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
Kesilapan 11 : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
- Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
Kesilapan 12 : Berrtengkar di depan anak-anak
- Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
Kesilapan 13 : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
- Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
- Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
Kesilapan 15 : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
- Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
I4TT juga nak kongsi petua berbentuk larangan yang pernah I4TT dengar dari arwah nenda berkaitan mendidik anak-anak, kalau kita marah anak, sekadar merotan sudah cukup dan jangan sesekali menarik telinganya.
Ini kerana, anak-anak yang kerap ditarik telinga ni akan membesar menjadi seorang yang lembab dan tidak cerdik.
Anak-anak yang sering ditarik cuping telinga juga akan membesar menjadi sangat degil.
Lagi, pukul la dibahagian tapak tangan dan kaki, jangan pukul mengenai muka kerana anak-anak ini akan membesar menjadi pendendam.
Yang ini, pesanan orang tua-tua lah dan tak tahulah jika ada sokongan kajian dari pakar psychology.
I4TT sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.
Oppsss... entri ini tak ada kaitan dengan kerendahan moral pemimpin pembangkang !!! Sendiri mau ingat... Hahahaha....

No comments:
Post a Comment