Friday, 5 October 2012

RAKUSNYA ANWAR TERHADAP JANTAN MEMBUATKAN PAS DAN DAP BAKAL GIGIT JARI KAKI !!!

 

Bukan main seronok pemimpin kanan PKR apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim membayangkan mereka akan dilantik menjadi anggota pentadbiran negara sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.

Andaian ini di buat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang nampaknya lebih pandai membaca mesej tersirat Anwar berbanding pemimpin PKR yang lain termasuk Presiden, Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sendiri.

Ketika berucap di Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Shah Alam Convention Centre pada hari Sabtu 29 September lalu, Anwar berkata mana-mana ahli parti yang tidak terpilih sebagai calon pada peringkat Parlimen atau DUn tidak seharusnya merajuk dan berputus asa.

Kata-kata Anwar tersebut sebenarnya lebih bersifat gimik politik yang mana ini adalah salah satu sifat terkenalnya selain daripada sifat berdolak dalik dan suka kelentong.

Beliau tahu semangat ahli-ahli PKR berada pada tahap yang rendah ketika parti berdepan dengan PRU ke-13 disebabkan pelbagai masalah runcing dalaman.

Kekecohan serta penipuan dalam proses pemilihan pimpinan parti tahun 2010 masih diperkatakan walaupun secara senyap dan berselindung yang menempatkan Azmin sebagai orang nombor dua parti dan meletakkan kroni-kroni beliau di hampir setiap lapisan kepimpinan parti dari peringkat ranting, cabang hinggalah ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Hakikat bahawa Azmin telah menggunakan dana yang cukup besar untuk membeli undi bagi memastikan kedudukannya tidak tercabar pada pilihan parti pada tahun 2013 adalah sesuatu yang telah memecah belahkan PKR.

Yang lebih dahsyat Anwar tidak melakukan apa-apa terhadap segala aduan penyelewengan yang dilakukan oleh Azmin malah melindungi pula bekas setiausaha sulitnya itu.

Melihat pada keadaan menggelegak pada tahap akar umbi parti, Anwar terpaksa membuat janji manis untuk mengalihkan pandangan mereka kepada kemelut yang sedang berlaku.

Selain daripada itu, rakyat kini boleh lihat betapa rakus dan tamaknya PKR yang bercita-cita merebut rampasan perang atau ghanimah walaupun tarikh pilihan raya masih belum diumumkan Perdana Menteri.

Malah belumpun menang, PKR sudah mengeluarkan kenyataan sekurang-kurangnya 20 jawatan menteri dan timbalan menteri sudah di 'booking'.

Ini tidak termasuk banyak jawatan kanan dalam kerajaan yang sudah tentu akan membuat ahli PKR terliur.

Cita-cita besar PKR telahpun terbayang sebelum ini dalam minit mesyuarat PKR Pulau Pinang yang bocor dimana Timblan Ketua Menteri I, Mansor Othman mengatakan banyak jawatan kanan akan menjadi rebutan pimpinan parti sekiranya ia berjaya menawan Putrajaya.

Jadi ucapan Anwar hanyalah kesinambungan daripada apa yang telah disebut secara tertutup oleh Mansor sebelum ini.

Apa pula reaksi rakan PKR dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP ???

Tidakkah mereka juga mempunyai hasrat yang sama untuk berebut jawatan lumayan ataupun mereka ingin tunggu dan lihat dahulu.

Mungkin mereka tidak mahu menunjukkan sifat tamak haloba mereka seperti PKR kerana takut dicaci rakyat.

Hakikatnya di antara ketiga-tiga parti, PKR sememangnya paling tamak walaupun PAS dan DAP juga tidak kurang.

Namun dalam menjadi juara tamak, PKR juga menjadi parti paling penakut dan tidak sedar bahawa ia mempunyai kerusi paling tercorot dalam Parlimen setelah ramai wakil rakyatnya melompat.

Sehingga sekarang Anwar tidak berni mengatakan secara jelas bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat dan impiannya selama ini tidakpun disokong oleh PAS.

Malah PKR atau pun Pakatan Rakyat masih kecut untuk umumkan senarai Kabinet Bayangan seperti yang di cabar oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Ini kerana hanya DAP sahaja yang beriya-iya mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri demi muslihat politik dan dan agenda perkaumannya.

Komen daripada PAS atau DAP mengenai impian PKR untuk membolot majoriti jawatan dalam Kabinet sudah tentu akan menjadi sesuatu yang amat menarik untuk diamati.

Mungkinkah PAS dan DAP akan melenting apabila mengetahui PKR sudah awal-awal mahu mendedahkan cita-cita besarnya itu.

Jika ditahu pula jawatan Kabinet mana yang disasar oleh PKR, tidak tidurlah Abdul Hadi, Mat Sabu, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh dibuatnya. 

Samada kenyataan Anwar itu menunjukkan PKR belum matang berpolitik atau ini sengaja dilakukan sebagai satu strategi beliau akan tetap memberi kesan negatif kepada perpaduan Pakatan Rakyat yang semakin retak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??