Suatu ketika dulu di Jepun tatkala zaman keperwiraan para samurai dan ninja, sudah menjadi satu kebiasaan bagi golongan pahlawan tersebut melakukan harakiri dengan menusuk pedang bagi merobek perut sendiri bila mana gagal atau tewas dalam sesuatu pertempuran.
Malah dikalangan rakyat Jepun sendiri upacara harakiri juga seperti sudah menjadi satu rutin bagi menebus kesalahan atau perasaan malu yang dialami.
Di zaman moden ini, sukar dipastikan sama ada upacara tersebut masih diamalkan atau sebaliknya, tapi rasanya kita di Malaysia mungkin buat julung kalinya boleh meyaksikan demonstrasi harakiri itu dijalankan secara langsung di depan mata kita.
Manakan tidak, jika dilihat pada nasib malang yang menimpa SUARAM yang sudah berkali-kali terlondeh dan dilondehkan penipuan serta propagandanya dalam isu pembelian kapal selam Scorpene, jelas sekali tak tertanggung aib yang sedang membebani NGO itu.
SUARAM yang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, kelihatannya sudah terperosok di hujung penjuru.
Propaganda mereka dalam isu itu sudah disahkan adalah hanyalah satu penipuan semata-mata.
Cubaan SUARAM untuk memesongkan khalayak kononnya wujud salah laku rasuah dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene secara umumnya telah menemui noktah apabila kenyataan rasmi dari pendakwa Kerajaan Perancis, Yves Charpenel telah mengesahkan tiada perbicaraan dijalankan berhubung isu tersebut.
Manakala sumber lain pula mengesahkan hingga kini tiada sapina dikeluarkan terhadap mana-mana individu, jelas jauh berbeza dengan gambaran persepsi negeatif yang cuba dicipta oleh SUARAM dalam usahanya untuk mencalar imej Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.
Malah jumlah serta angka melibatkan wang rasuah juga sering berubah-ubah dari EURO 114.96 juta (RM410.27 juta) kemudian berubah pula menjadi USD 1 bilion (RM3.8 billion), menampakkan lagi isu tersebut hanyalah rekaan sahaja.
Apa yang penting, kenyataan dari Yves Charpenel telah membuktikan SUARAM adalah penipu paling besar di Malaysia.
Patutlah begitu serasi sekali NGO tersebut dengan mentornya, Anwar yang juga terkenal hebat dalam bab tipu menipu khalayak.
Pilihan yang tinggal kini, sama ada NGO itu meneruskan saja penipuannya sambil mengharapkan masih ada sisa-sisa keyakinan umum terhadapnya ataupun jika masih memiliki secebis maruah eloklah menebus kesalahan mengikut gaya orang Jepun dengan segera melakukan upacara harakiri.
No comments:
Post a Comment