Monday 5 November 2012

SEJARAH MEMBUKTIKAN NIK AJIS BARAH YANG MEROSAKKAN PAS !!!



Dalam apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. 

Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya.

Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘menganaktirikan’ PAS suatu ketika dulu. 

Atau adakah PAS sebenarnya yang ‘angkat kaki’ dari kerajaan BN pada 1977 ekoran ‘sifat tikam belakang’nya terhadap BN. 

Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. 

UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. 

Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. 

UMNO mempunyai maruahnya sendiri. 

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam BN. 

Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. 

Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. 

Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. 

Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar PAS dikeluarkan dari BN. 

Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong PAS yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.

Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada PAS sendiri. 

Malah di dalam portal PAS Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati PAS terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. 

Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan PAS melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Yang diselindungkan PAS ketika itu ialah: 

Ada di antara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. 

Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan PAS (ketika itu). 

Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri. 

Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. 

Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai BN pada 1973. 

Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO. 

Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden PAS dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. 

Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO. 

Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. 

Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin PAS Kelantan itu sendiri. 

Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982. 

Krisis Kepimpinan PAS Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. 

Apa pun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga PAS. 

Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. 

Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. 

Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang. 

Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. 

Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. 

Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri. 

Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN. 

Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung PAS dijadikan ‘kambing hitam PAS’ apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri PAS yang menyokong rang undang-undang Darurat. 

Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO. 

Rentetan dari itu juga menyebabkan ‘Krisis dalaman PAS’ kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim. 

Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978. 

Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan PAS cuba menggadaikan Kelantan.

Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab PAS tersebut. 

PAS ‘diceraikan’ selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??