Wednesday 21 November 2012

POPULARITI PM @NajibRazak LEBIH GEMPAK DARI @anwaribrahim !!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyatakan hasrat untuk bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta selepas jumlah pengikutnya melepasi jumlah itu setakat ini.

Sambil menyifatkan sokongan itu sebagai saat istimewa bagi dirinya di laman Twitter, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang setia menjadi pengikut laman sosial itu selama ini.

"Bilangan pengikut Twitter saya mencecah satu juta malam tadi. Saat yang istimewa bagi saya di Twitter. Terima kasih kepada semua," katanya di laman Twitter semalam.

Perdana Menteri berkata, berikutan itu, beberapa pengikut Twitternya menyarankan kepadanya supaya mengenal pasti dan bertemu pengikut kesejuta berkenaan.

"Tadi saya telah minta supaya pengikut Twitter kesejuta saya dikenal pasti.

"Saya harap dapat berjumpa nanti. Kita 1Malaysia," katanya.

Semakan di laman Twitter beliau di @NajibRazak sehingga pukul 1 petang semalam menunjukkan bilangan pengikutnya mencecah 1,001,869 orang. - Bernama

Berlainan pula dengan Anwar Ibrahim...


Hanya mampu meraih 215,455 follower sahaja berbanding PM.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??