Sunday, 25 November 2012

2000 WAKIL MEDIA DI #PAU2012 TERMASUK I4TT DAN @NadiRakyat !!! JUMPA DISANA !!!



Hampir 2 ribu wakil media yang telah berdaftar bakal menyertai Perhimpunan Agung UMNO kali ke-66 pada kali ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, para wartawan tersebut akan diberi penjelasan agar mengikut etika-etika kewartawanan sebagaimana yang telah ditetapkan.

"Seramai 52 delegasi mewakili 20 parti dari 18 buah negara di peringkat antarabangsa telah mengesahkan kehadiran mereka. Sebanyak 67 perwakilan Kelab UMNO luar negara mengesahkan kehadiran daripada 72 buah Kelab serta 7 wakil Badan Perhubungan Negara.

"Anggaran Perwakilan yang hadir berjumlah 5447 orang. Pihak media pula sebanyak 102 agensi, iaitu seramai 1782 orang wartawan melibatkan media cetak, elektronik dan media baru termasuk blogger dan portal berita online dari dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita pada sidang media serta taklimat mengenai Perhimpunan Agung UMNO kepada wakil media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau turut menjelaskan, penggunaan skrin monitor akan ditambah di beberapa kawasan sasaran sebagai rujukan media memandangkan ruang wakil pemerhati untuk masuk ke dalam dewan dihadkan pada Perhimpunan tahun ini.

"Kaedahnya ialah dengan menyediakan sebanyak mungkin skrin televisyen di seluruh ruang legar PWTC serta membuka dewan tertentu,"  ujarnya.

Menurutnya lagi, perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini tidak dibenarkan menukar ganti ahli untuk masuk ke dalam dewan.

"Jika (perwakilan) tidak dapat hadir, (mana-mana pihak)  tidak dibenarkan untuk menggantikan sesiapa," jelasnya.

Beliau menegaskan, penggunaan sistem Mykad turut digunakan terhadap setiap perwakilan yang hadir untuk menyertai perhimpunan.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Putrajaya itu juga mengesahkan akan meneruskan Forum Antarabangsa sepertimana yang dilaksanakan pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Forum yang bertajuk 'The Conflict and Conciliation in the People's Politics' - Looking Back or Looking Forward' akan diadakan pada 26 hingga 27 November 2012.

Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak dijangka akan hadir bagi memberi ucaptama seterusnya merasmikan forum tersebut.

Forum berkenaan menjurus kepada perbincangan serta bertukar pendapat bersama delegasi-delegasi daripada luar negara, duta-duta asing serta Kelab UMNO Luar Negara.

Perhimpunan Agung UMNO bagi kali ke 66 ini bakal berlangsung di PWTC bermula 27 hingga 3 Disember 2012 turut membahaskan usul-usul seperti Ucapan Dasar Presiden, Ekonomi, Agama dan Pendidikan. - KLPos

Psssttt... I4TT antara wakil media yang akan bersama disana... jom ke PAU2012 !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??