Menjadi lumrah di mana-mana negara, bilamana kantoi dengan hubungan sulit pasti akan meletak jawatan.
Jadi, seharusnya Anwar juga meletakkan jawatan !!!
Apatah lagi jika skandal dengan bini orang terdedah ataupun kaunseling bini orang dan dicekup.
Namun, di Malaysia ini kes jadi terbalik.
Peliwat, penzina dan pelanggan pelacur diangkat semulia mungkin untuk memimpin.
Pelik... Tapi benar terjadi di Malaysia !!!
Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), David Petraeus bertindak meletak jawatan secara mengejut kelmarin selepas beliau mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Petraeus yang merupakan bekas seorang jeneral pernah mengetuai kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afghanistan.
Menurut beberapa pegawai AS, hubungan sulit tersebut terbongkar semasa satu siasatan dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka berkata, Petraeus menjalinkan hubungan sulit bersama penulis biografi dan pegawai unit simpanan tentera AS, Paula Broadwell.
Wanita itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pakar radiologi, Dr. Scott Broadwell dan memiliki dua anak lelaki iaitu Lucien dan Landon.
Dua pegawai yang terlibat dalam siasatan tersebut memberitahu, skandal mereka terbongkar apabila pihak FBI memantau e-mel Petraeus susulan aduan bahawa Broadwell mempunyai akses kepada akaun e-mel peribadinya.
Peletakan jawatan Petraeus sekali gus mengejutkan unit perisikan Washington dan komuniti politik ekoran beliau sebelum ini dianggap sebagai antara jeneral AS yang terbaik.
Petraeus yang mencecah usia 60 tahun pada Rabu lalu memberitahu pegawai-pegawai CIA dalam satu kenyataan bahawa beliau menemui Presiden Amerika Syarikat di White House di sini pada Khamis lalu dan meminta untuk dibenarkan untuk meletakkan jawatan.
Peletakan jawatannya diluluskan oleh Obama kelmarin.
"Petraeus memberitahu stafnya bahawa dia tersilap membuat penilaian dalam hubungannya dengan Broadwell.
"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," katanya.
Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York.
Tempat Petraeus kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah CIA, Mike Morell sebelum pengganti beliau diumumkan. - Agensi
Psssttt... Inilah barulah betul-betul BERSIH !!!
Hukum hudud bagi penzina apa ekk.?
ReplyDelete