Monday 15 April 2013

YANG ZINA SI STOPA - YANG DIASAK HADI BAWANG !!! HA HA HA PUNAH WEH !!!



Isu rakaman video seks yang memaparkan wajah lelaki mirip Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dikatakan bukan sahaja mencetuskan pergolakan dalam Pas malah memberi tekanan kepada Presiden parti itu, Abdul Hadi Awang untuk mengambil tindakan tegas bagi memelihara maruah Pas.



Sumber dalaman memberitahu, ahli-ahli Pas kini berada dalam keresahan berikutan sikap Abdul Hadi yang dilihat begitu mempertahankan Mustafa tanpa membuat siasatan lanjut berhubung kesahihan rakaman video tersebut.

''Kami hairan kenapa Abdul Hadi bermati-matian mempertahankan Mustafa, soalnya sudahkah beliau menonton video tersebut. 

"Ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat tindakan tegas bukannya terus membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku adalah satu fitnah," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber itu berkata, dalam menghadapi isu yang dianggap cukup serius dan boleh memberi kesan yang amat buruk kepada Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 itu, Abdul Hadi sepatutnya mengambil tindakan tegas termasuklah memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu.

Sebelum ini Abdul Hadi sendiri sering berhujah dengan menggunakan maksud surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud; 

"Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang- orang yang menyesal."

''Dalam ayat ini Allah SWT mahu kita menyiasat kesahihan berita yang tersebar tetapi kenapakah dalam kes yang dikaitkan dengan Mustapa, Abdul Hadi cepat-cepat membuat andaian bahawa itu semua tohmahan dan fitnah," katanya.

Sumber itu menegaskan, sikap Abdul Hadi itu amat menghairankan kerana beliau membuat kesimpulan tanpa terlebih dahulu mengarahkan siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada apa yang berlaku satu fitnah atau tidak.

''Saya difahamkan Abdul Hadi telah dikunjungi oleh ramai ahli-ahli Pas akar umbi yang menerima rakaman video itu menuntut Presiden Pas tersebut menyatakan pendirian dan membuat tindakan.

''Keadaan ini memang meletakkan Abdul Hadi dalam keadaan tertekan tetapi apa yang mengejutkan beliau masih belum mahu berbuat apa-apa dan ini boleh memberi kesan tidak baik kepada politik Pas," kata sumber itu lagi.

Selain itu, kata sumber tersebut lagi, ahli-ahli Pas juga mahukan Mustafa melakukan sumpah atas nama Allah bagi menafikan bahawa individu dalam video berkenaan bukan beliau.

''Ini penting kerana umum mengaitkan beliau dengan isu itu, sekadar penafian atas pentas ceramah sahaja belum mencukupi kerana sekarang apa yang berlaku turut menyeret maruah Pas," kata sumber itu lagi.

Sumber itu juga menegaskan, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan merupakan orang kanan dalam kepimpinan parti, Mustafa perlu meletakkan jawatan sekarang.

''Tindakan itu bukan bermakna beliau bersalah atau kita menuduh beliau terlibat tetapi bagi mengelakkan nama Pas terus dikaitkan serta membolehkan siasatan terperinci dijalankan," katanya.

Ditanya apa reaksi golongan ulama dalam Pas berhubung kejadian itu, sumber itu menjelaskan, mereka berada dalam keadaan terkejut kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada Pas.

''Selama ini, mereka berasa mustahil Pas akan dikaitkan dengan rakaman video seumpama itu, sebab itulah mereka tergamam dan tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi," kata sumber berkenaan.

Sumber itu juga bersetuju dengan pandangan bahawa Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulama perlu membuat pendirian dalam kes tersebut. - UTUSAN



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??