Saturday 10 November 2012

1 TRANSFORMASI UNTUK DINIKMATI !!!


Wacana: "Satu Transformasi Untuk Dinikmati"

Himpunan Generasi Baharu Felda bukan sahaja memberi penekanan terhadap usaha kerajaan untuk menaikkan tahap modal insan di kalangan generasi baru Felda. 

Malah, beberapa skim dan pelan pembangunan telah dirangka untuk memastikan generasi Felda yang seterusnya dapat menikmati hasil usaha yang telah dicetuskan oleh generasi terdahulu.

Perkara ini jelas dibincangkan di dalam sebuah wacana yang bertajuk "Satu Transformasi Untuk Dinikmati" dimana kesinambungan usahasama pihak kerajaan dan Felda perlu diteruskan untuk membela nasib anak-anak Felda. 

Forum yang dikendalikan oleh En. Manndzri bin Nasib (Exco Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), memberikan penekanan terhadap skim rumah mampu milik yang disediakan untuk generasi kedua Felda.


Tiga panel yang terlibat di dalam forum tersebut adalah, Tuan Hj. Faizoull bin Ahmad (Pengarah Besar FELDA), Datuk Khairil Anuar Aziz (Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF) dan Encik Anuar Manap (Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Forum tersebut diakhiri dengan konsensus bahawa penglibatan kerajaan dan Felda dalam membantu generasi akan datang perlu diteruskan. 

Generasi baru Felda juga digesa untuk terus memajukan diri mereka agar dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. 

Cadangan baru yang dipersetujui oleh semua panel seperti mewujudkan skim pinjaman perumahan Felda juga akan diambil dan dibawa untuk perbincangan lebih lanjut.

Sumber : KLIK SINI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??