Isnin lalu satu peristiwa mengejutkan telah berlaku.
Juruterbang pesawat EgyptAir terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Hurghada gara-gara penumpang pesawat dari Jordan telah dipatuk seekor ular didalam pesawat.
Ular berkenaan telah dibawa naik pesawat oleh seorang penumpang lain didalam bagasinya.
Ketika dipatuk, penumpang Jordan berkenaan telah menjerit dan jeritannya mengejutkan semua krew penerbangan.
Selepas dilaporkan kepada juruterbang situasi berkenaan, beliau telah memohon kebenaran untuk melakukan pendaratan kecemasan.
Sebaik mendarat, penumpang yang dipatuk ular itu telah dibawa untuk mendapatkan bantuan perubatan manakala ular berkenaan disita pihak berkuasa tempatan.
Pesawat berkenaan kemudiannya menyambung penerbangan ke Kuwait.
Dialih bahasa dari : Sumber
No comments:
Post a Comment