Foto: Pengganas syaitan kiram yang berjaya diberkas petang tadi hidup-hidup!!!
Sudah bermula perbicaraan ke atas lanun-lanun Sulu dan teman-teman sekongkol mereka yang melindungi lanun-lanun Sulu tersebut di peringkat mahkamah.
Hukuman yang menanti adalah mati di tali gantung atau penjara seumur hidup.
Ada orang yang sudah bergegar dengan proses perbicaraan di Tawau itu.
Taktik mengalihkan perhatian sudah mula dilakukan.
Pemikiran dan human interest dipergunakan dengan sebaik-baiknya.
Seks menjadi berita yang sensasi dipergunakan sekali lagi oleh orang terbabit.
Dua orang peguamnya, N. Surendran dan Latheefa Koya cuba menggunakan kebolehan mereka dengan sebaik-baiknya agar sebarang maklumat daripada perbicaraan lanun-lanun Sulu di Sabah tidak sampai ke telinga majoriti rakyat Malaysia.
Masih pada peringkat awal, sebarang pengakuan belum dipanjang lebarkan.
Sekadar pembacaan tuduhan terhadap lanun-lanun itu, jadi, tidak banyak yang akan terdedah.
Apatah lagi salah seorang daripada lanun berkenaan menyatakan bahawa dia tahu dia diupah tetapi dia tidak tahu siapa yang mengupahnya.
Sempatkah pilihanraya umum dilangsungkan dahulu ?
Adakah rahsia berkenaan akan tersimpan sehingga selepas pilihanraya bagi mengelakkan pelbagai kejadian tidak diingini berlaku memandangkan orang berkenaan kelihatan sangat terdesak sehinggakan bertindak seperti orang tidak waras dan melayan seorang blogger pro-kerajaan secara tidak rasional dan gelabah.
Atau barangkali jugakah, orang berkenaan akan bersama-sama lanun Sulu, sama-sama naik ke pentas di bilik gantung dan kemudian digantung saling bersebelahan atau berturutan sebagai 'menghormati' dan 'menghargai' segala kerjanya yang menyusahkan rakyat Malaysia.
Walaupun setakat ini Agbimuddin atau Azzimuddie belum ditemui, sebahagian besar orang berpendapat, Azzimuddie telah hancur akibat bom berpandu laser yang dilancarkan daripada drone dan pesawat pejuang TUDM.
Dan menariknya, walaupun sesetengahnya menyatakan Azzimuddie telah berjaya melarikan diri ke Filipina, namun di Filipina pula, kelibatnya tidak kelihatan.
Bahkan Jamalul Kiram, Nur Misuari dan lanun-lanun Sulu sendiri pun tertanya-tanya apa sudah terjadi kepada 'Rajah Muda' yang sudah tua itu.
Selanjutnya... BACA SINI...
ada lah yang takut pengganas ni pecah rahsia siapa yg upah diorang...jaga2.....
ReplyDelete