Monday 25 March 2013

NURUL IZZAH MENGAMUK KERANA RAJA NONG CHIK BUAT PUSAT INTERNET 1MALAYSIA !!! KO BAGI APA ?!!


Pusat Internet 1Malaysia Dilancar Di Pantai Dalam

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) pertama dalam kawasan bandar yang kini beroperasi di Projek Perumahan Rakyat Seri Pantai, Kerinchi, Pantai Dalam di sini dijangka memanfaatkan hampir 20,000 penduduk setempat.


Ia dilancarkan bersama oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Dalam ucapannya, Rais menggesa penduduk Kerinchi menggunakan sebaik-baiknya kemudahan yang disediakan kerajaan itu untuk kesejahteraan bersama.

“Gunakan internet ini demi perpaduan kita… supaya kita lebih teguh dalam perjuangan kita,” katanya pada majlis pelancaran itu yang menjadi sebahagian daripada penganjuran program ‘Kenali Jiran Kita’.

Rais berkata, sehingga kini, 306 PI1M luar bandar beroperasi di seluruh negara.

PI1M di bandar adalah sebahagian inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2013 untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah di bandar menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi selain perkhidmatan lain seperti latihan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sebanyak 100 PI1M bandar akan dibina dalam dua fasa tahun ini.
Selain kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan WiFi dan latihan ICT juga akan disediakan melalui PI1M bandar.

Bagi perkhidmatan WiFi, pengguna hanya perlu membayar yuran pendaftaran RM5 untuk menggunakannya manakala perkhidmatan internet di PI1M adalah percuma untuk 30 minit pertama dan setiap sejam berikutnya dicaj RM1 dan 50 sen masing-masing untuk dewasa dan kanak-kanak.

Mengenai program ‘Kenali Jiran Kita’, Rais berkata ia bertujuan menyuburkan semangat kejiranan dan perpaduan penduduk bandar terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Rais menarik perhatian ini berikutan gaya hidup di bandar sedikit sebanyak memberi kesan kepada semangat kejiranan yang dipegang teguh terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar.

“Sudah jarang sekali kita bertegur sapa, tolong menolong sesama kita tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik,” katanya. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??